Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

PMM Bantu Jana Pendapatan Madrasah

By 21 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rozer Masudin (Merlimau)

MERLIMAU, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Aktiviti Polytechnic Social Responsibility atau PSR yang dilaksanakan oleh Politeknik Merlimau Melaka (PMM) telah memberi nafas baharu kepada Madrasah Tahfiz Dhiya’il Mursyideen Merlimau Pantai dalam meningkatkan pendapatan pusat tahfiz tersebut.

Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PMM Mohamad Nazri Ismail, berkata pemilihan madrasah tersebut dibuat selepas membuat lawatan sebulan sebelum pelaksanaan program yang menunjukkan pusat tahfiz tersebut memerlukan bantuan kewangan.

Madu yang dihasilkan mampu menjana pendapatan madrasah tersebut.

Madu yang dihasilkan mampu menjana pendapatan madrasah tersebut.

“Selepas lawatan tersebut, Jawatankuasa PSR PMM yang dipengerusikan oleh Hafizan Kosnin telah membuat keputusan untuk membina dan menyediakan beberapa unit rumah kecil bagi penghasilan madu kelulut.

“Bagi tujuan ini, beberapa pensyarah dan pelajar PMM telah membina kerangka besar dalam kawasan pusat tahfiz tersebut bagi meletakkan beberapa rumah sarang lebah kelulut,” ujarnya ketika ditemui.

Tambah Nazri, dalam projek PSR kali ini sebanyak 10 sarang lebah kelulut yang yang telah dibeli daripada pengusaha luar akan diberikan kepada pusat tahfiz untuk penjanaan pendapatan.

“Jika kita lihat harga madu kelulut di pasaran, boleh mencecah sehingga RM250 sekilo di mana setiap rumah sarang madu kelulut tersebut boleh menghasilkan seberat sekilo madu pada setiap bulan bergantung kepada sumber asas yang diperolehi oleh lebah tersebut,” ujarnya lagi.

Sepanjang program tersebut, dianggarkan seramai 30 pelajar dan 30 pegawai terlibat dalam menjayakan program yang diberi nama PSR TVET – PMM Memacu Pendapatan Komuniti Madrasah Tahfiz Madu Kelulut.

-SH

Tinggalkan komen anda