Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Perbadanan Pinjaman Sabah Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Kepada Hospital Kudat

By 12 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nadia Lawaji (Kudat)

KUDAT, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) menyumbangkan dua unit mesin Hemodialisis untuk kegunaan pesakit di Hospital Kudat.

Majlis penyerahan mesin berkenaan telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N2 Tanjung Kapor , Chong Chin Bin @Ben Chong di Unit Hemodialisis Hospital Kudat, pada Jumaat.

Dalam ucapan ringkasnya Ben Chong merakamkan ucapan terima kasih kepada SCC diatas sumbangan khidmat sosial yang diberikan.

Ben Chong (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan mesin Hemodialisis bersama, Fauzi (dua dari kiri), Dr Dhinagar (tiga dari kanan) dan Margaret (dua dari kanan).

Ben Chong (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan mesin Hemodialisis bersama, Fauzi (dua dari kiri), Dr Dhinagar (tiga dari kanan) dan Margaret (dua dari kanan).

“Adalah diharapkan akan ada lebih banyak lagi syarikat dan agensi korporat dapat menyumbangkan mesin-mesin dan keperluan kesihatan kepada pihak hospital khususnya Hospital Kudat bagi membolehkan manfaat rawatan yang terbaik dapat diberikan dan dinikmati oleh masyarakat sekitar.

“Kemudahan dan kelengkapan hospital yang baik amat diperlukan oleh pesakit namun apa yang lebih penting adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana kos rawatan pada masa kini amat tinggi,” jelas beliau.

Pada majlis tersebut beliau turut menyarankan pada Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kudat untuk sentiasa memantau keadaan hospital dan sentiasa memberi teguran secara berhemah untuk penambahbaikan perkhidmatan hospital agar aduan seperti tempoh pesakit menunggu rawatan dapat dipercepatkan.

ER

Tinggalkan komen anda