Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Kerjasama JPPKK dan UMJ Perkukuh Hubungan Dua Hala

By 21 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Rozer Masudin (Merlimau)

MERLIMAU, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Dalam memastikan bahawa Politeknik bukan sahaja memainkan peranan di Malaysia dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ia juga turut mengembangkan peranannya melalui jalinan kerjasama pada peringkat antarabangsa dalam aspek kelestarian hijau.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama Politeknik Merlimau Melaka (PMM) baru-baru ini telah mengadakan lawatan balas ke Universitas Muhammadiah Jakarta (UMJ) dalam kerangka mengukukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin.

Menurut Pengarah PMM Rosli Hamid, lawatan tersebut berupaya menjadi pemangkin bagi membina hubungan yang lebih erat dalam konteks perkongsian kepakaran akademik serta yang paling utama perpindahan kepakaran tenaga hijau.

Proses menandatangani sijil kerjasama antara PMM dan UMJ.

Proses menandatangani sijil kerjasama antara PMM dan UMJ.

“Lawatan ini susulan siri lawatan yang dibuat oleh Pertubuhan Muhammadiyah dan Rumah Sakit Islam Jakarta Cempaka Putih (RSIJCP) ke PMM pada tahun sebelumnya. Oleh itu, kami telah mengunjungi UMJ dan RSIJCP yang turut terletak di Jakarta.

“Semasa berada di UMJ, peluang tersebut telah kami gunakan iaitu dengan menandatangani jalinan kerjasama antara PMM dan UMJ bagi membolehkan segala urusan antara kedua-dua institusi ini lebih erat.

“Selain itu, bagi lawatan ke RSIJCP, kami turut melihat amalan pelaksanaan penjimatan tenaga hijau yang dillaksanakan oleh rumah sakit tersebut dan ternyata pelaksanaan tersebut telah memberi banyak penjimatan kepada RSIJCP,” ujarnya ketika ditemui pemberita.

Dalam kenyataan lain, Timbalan Pengarah Unit Pertanian (Agro Makanan & Bioteknologi), Bahagian Kurikulum JPPKK Rohaniah Mohd Nor, berkata sepanjang pelaksanaan penjimatan tenaga di Politeknik sejak 2013, PMM telah menjimatkan penggunaan melebihi RM3 juta.

“Menerusi Penjimatan Tenaga  Energy Efficiency (EE) atau kecekapan tenaga melalui kaedah Energy Performance Contracting (EPC) bermula pada Mac 2013 dan berakhir pada bulan Oktober 2019, PMM telah mejimatkan Penggunaan tenaga sebanyak RM3.28 Juta atau 10.5 juta KWh bersamaan 19.43% penjimatan.

“Selain itu, jika dikira dengan penjimatan tenaga yang dilaksanakan oleh Politeknik lain, secara keseluruhannya telah menjimatkan sebanyak RM14 juta bersamaan 49GWH penggunaan tenaga elektrik dikurangkan, peratus penjimatan sebanyak 20% serta sebanyak 32,000 tons pelepasan gas karbon dikurangkan,” katanya.

Lawatan delegasi JPPKK dan PMM ke Jakarta baru-baru ini antara lain melihat segala aspek yang boleh dipelajari bersama seperti silibus pengajian seperti agro pertanian, makanan dan bioteknologi, inisiatif penjimatan tenaga, kajian, penyelidikan dan pengkomersialan.

-SH

Tinggalkan komen anda