
Laporan/foto: Yosri Abu Mahsin (Putrajaya)
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Bahagian Perancangan Rel Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) melakukan pemeriksaan Projek LRT3 Bandar Utama – Johan Setia Jajaran Timur (Eastern Side) di pakej GS01 hingga GS04 di sini hari ini.
Ini merupakan pemeriksaan berkala yang dilakukan untuk memastikan projek yang dilaksanakan akan siap mengikut jadual.
Antara tapak pemeriksaan yang dijalankan, meliputi tapak Stesen STN01 One Utama, jajaran berhampiran Merchant Square di Tropican dan Eve Suite di Ara Damansara.
Turut dilawati adalah Tapak Stesen STN07 Glenmarie 2, jajaran sepanjang Persiaran Kerjaya dan berakhir di tapak Stesen STN10 Stadium, Shah Alam.
Tujuan pemeriksaan ini juga memastikan pembinaan Projek LRT3 ini mematuhi syarat-syarat skim kereta api yang diluluskan.
Selain itu pemeriksaan ini juga bagi memastikan aspek keselamatan, kualiti dan status progres projek terkini dapat dipatuhi sepenuhnya.
-AO