Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Projek LRT3 Akan Siap Mengikut Jadual

By 25 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yosri Abu Mahsin (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Bahagian Perancangan Rel Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) melakukan pemeriksaan Projek LRT3 Bandar Utama – Johan Setia Jajaran Timur (Eastern Side) di pakej GS01 hingga GS04 di sini hari ini.

Ini merupakan pemeriksaan berkala yang dilakukan untuk memastikan projek yang dilaksanakan akan siap mengikut jadual.

Pegawai Bahagian Perancangan Rel APAD melakukan pemeriksaan di Tapak Stesen ST10 Stadium Shah Alam.

Pegawai Bahagian Perancangan Rel APAD melakukan pemeriksaan di Tapak Stesen ST10 Stadium Shah Alam.

 

Antara tapak pemeriksaan yang dijalankan, meliputi tapak Stesen STN01 One Utama, jajaran berhampiran Merchant Square di Tropican dan Eve Suite di Ara Damansara.

Turut dilawati adalah Tapak Stesen STN07 Glenmarie 2, jajaran sepanjang Persiaran Kerjaya dan berakhir di tapak Stesen STN10 Stadium, Shah Alam.

Pemeriksaan berjadual penting dilakukan bagi memastikan projek berjalan mengikut jadual.

Pemeriksaan berjadual penting dilakukan bagi memastikan projek berjalan mengikut jadual.

 

Tujuan pemeriksaan ini juga memastikan pembinaan Projek LRT3 ini mematuhi syarat-syarat skim kereta api yang diluluskan.

Selain itu pemeriksaan ini juga bagi memastikan aspek keselamatan, kualiti dan status progres projek terkini dapat dipatuhi sepenuhnya.

-AO

 

Tinggalkan komen anda