Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Dadah Perosak Bangsa, Jauhi Dadah!

By 25 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir/Nur Farahin (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Dadah dalam etimologi bermaksud sejenis bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya adalah dilarang dan sekiranya diambil dalam situasi yang salah akan mengakibatkan kesan buruk kepada kesihatan, diri, keluarga, dan masyarakat.

Sehubungan itu, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah menganjurkan program Konvoi Kesihatan, ā€œSayangi Anak Kita, Jauhi Dadah dan Rokokā€ Peringkat Negeri Johor di Perkarangan Masjid Jamek Seri Sulong, pagi semalam, yang melibatkan seramai 30 orang peserta telah menyertai Konvoi Kesihatan bermula dari Johor Bharu dan berakhir di Masjid Jamek Seri Sulong di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Johor ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Johor ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata dadah boleh menjejaskan usaha kerajaan dalamĀ  membangunkan negara dan mencapai aspirasi mewujudkan negeri Johor berkemajuan di mana Parit Sulong tersenarai dalam sebuah lokasi tertinggi jenayah dadah.

ā€œPada 1 Julai 2019, Projek Rintis yang membabitkan 10 kementerian serta 15 agensi dirasmikan sebagai salah satu platform dalam menyalurkan mesej melalui pelbagai medium yangĀ  berkolaborasi diperingkat jabatan dan agensi yang mampu memberi kesan jangka panjang yang amat positif terhadap kesejahteraan komuniti keseluruhannya.

ā€œUsaha menangani isu sosial dan penyalahgunaan dadah ini tindakan tidak boleh diambil secara berasingan, sebaliknya perlu dilakukan secara bersama kerana ia bukan sahaja disebabkan dadah sahaja tetapi juga masalah sosial lain,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup program tersebut.

Mohamad Ashraf ketika menyampaikan ceramah ā€œ Iā€™m Positiveā€ dihadapan murid-murid sekolah.

Mohamad Ashraf ketika menyampaikan ceramah ā€œ Iā€™m Positiveā€ dihadapan murid-murid sekolah.

Isu sosial dan dadah sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain dan salah satu punca penagihan dadah adalah bermula dengan aktiviti merokok dan seterusnya mereka akan mula berjinak-jinak dan terjebak dengan dadah.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan sesi bersama penceramah Mohamad Ashraf yang membincangkan tajuk ā€œ Iā€™m Positiveā€ disertai 120 orang pelajar sekolah berhampiran.

Beliau yang juga bekas penagih dadah memberi saranan kepada murid-murid supaya tidak terjebak dengan syabu mahupun dadah yang boleh merosakkan masa hadapan dan jangan sesekali untuk mencuba kerana kesannya amat dasyat seterusnya ahli keluarga menjadi mangsa.

Pertandingan mewarna pelajar-pelajar tabika kemas.

Pertandingan mewarna yang disertai oleh pelajar-pelajar tabika kemas.

Pelbagai pameran dari agensi dan jabatan kerajaan turut disediakan di antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Kesihatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang bertujuan untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Turut berlangsung pertandingan mewarna kanak-kanak tabika kemas, pertandingan pais ikan kembung, pertandingan kuih berasaskan ubi dan pertandingan lipatan tuala.

Turut hadir, Pegawai Daerah Batu Pahat, Zulkiflee Abbas, Setiausaha KehormatĀ  PEMADAM Negeri Johor, Dr Azli Ahmad dan Pengarah AADK Negeri Johor, Azli Ubin.
-NI-

Tinggalkan komen anda