Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pupuk Budaya Bersukan pada Awal Usia

By 27 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abd. Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Daerah Jelebu meneruskan sambutan Bulan Sukan Negara 2019 dengan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah bagi bawah 10 dan 13 tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Klawang Bakri Sawir, berkata untuk menyemai budaya sukan negara perlu mempunyai banyak program dan kejohanan bola sepak seperti ini adalah contoh terbaik.

“Menganjurkan kejohanan bola sepak di peringkat umur 10 dan 13 tahun merupakan salah satu usaha untuk memupuk budaya bersukan pada peringkat akar umbi.

“Dengan adanya kejohanan ini, kita dapat mengenal pasti pemain-pemain yang berpotensi untuk diketengahkan pada peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat negeri atau kebangsaan,” katanya ketika merasmikan program, di Padang Majlis Daerah Jelebu, di sini semalam.

Program ini menerima penyertaan sebanyak 24 buah pasukan termasuk dari luar Negeri Sembilan.

-SH

Tinggalkan komen anda