Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Klik Dengan Bijak Dan Berhemah

By 26 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Haliza Mohd Taib (Muar)

MUAR, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Pusat Internet Ayer Hitam telah menganjurkan Hari Terbuka bagi menghargai sokongan komuniti terhadap pusat internet di sini, pagi tadi.

Melalui program ini, komuniti setempat diberi kesedaran mengenai keselamatan serta penggunaan internet yang positif disamping berwaspada dengan jenayah siber melalui taklimat dan kuiz “Klik Dengan Bijak” yang diberikan oleh pihak penganjur.

Rafisya Hasyima (kanan) berharap program ini dapat membuka minda masyarakat setempat dalam menggunakan perkhidmatan yang disediakan di pusat internet ini.

Rafisya Hasyima (kanan) berharap program ini dapat membuka minda masyarakat setempat dalam menggunakan perkhidmatan yang disediakan di pusat internet ini.

Pengurus Pusat Internet Ayer Hitam, Rafisya Hasyima Ramle berharap agar program ini dapat membuka minda masyarakat setempat dalam menggunakan perkhidmatan yang disediakan di pusat internet ini.

“Penubuhan pusat ini secara tidak langsung dapat memberi kemudahan bagi komuniti luar bandar dalam memperolehi capaian internet di samping memberi pendedahan mengenai teknologi komputer dan internet yang semakin mencabar,” katanya.

Ketua Kampung Seri Sempadan, Mohamad Esa Lamin berkata program ini mampu mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai penggunaan internet secara berhemah dan betul.

Mohamad Esa Lamin turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Mohamad Esa Lamin turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

“Ramai anak muda hari ini obses dengan internet, malah ada yang ketagih lantas mengabaikan kehidupan sebenar tanpa disedari.”

“Diharap dengan adanya taklimat seumpama ini mampu membuka minda kita semua agar menggunakan teknologi komputer dengan cara yang betul,” katanya.

Sasaran khusus program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah laku siber iaitu kanak-kanak, remaja, belia dan juga golongan dewasa di mana program ini dilihat dapat mengeratkan silaturahim antara petugas pusat internet dan komuniti setempat dalam mengekalkan nilai serta budaya masyarakat di sini.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan mewarna, typing games, play station, puzzle online dan rebut gula-gula bagi kategori kanak-kanak manakala pertandingan dari mata ke mulut serta pertandingan bowling pula khas untuk kategori umum.

Program ini telah disertai seramai 208 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia.

 

-NI-

Tinggalkan komen anda