Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bulan Sukan Negara Membudayakan Sukan Dalam Kalangan Masyarakat

By 20 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd. Yusof Abd. Samad (Tangkak)

TANGKAK, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Bulan Sukan Negara Daerah Tangkak mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh penduduk daerah Tangkak dan bagi memeriahkannya lagi turut dianjurkan Fun Ride Parlimen Ledang.

Program bermula seawal tujuh pagi itu berlangsung di SMK Bukit Gambir yang menghimpunkan penduduk di sekitar daerah Tangkak dan selaras dengan objektif penganjurannya, membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat, sambutan bulan sukan negara daerah Tangkak berjaya menghimpunkan masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kaum.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesejahteraan Bandar, Tan Chen Choon semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Perasmian Bulan Sukan Negara Daerah Tangkak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesejahteraan Bandar, Tan Chen Choon semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Perasmian Bulan Sukan Negara Daerah Tangkak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesejahteraan Bandar, Tan Chen Choon berkata rakyat hendaklah sentiasa cergas dan cerdas agar dapat membantu pembangunan bukan sahaja untuk keluarga malah kepada negara.

“Melalui sukan juga dapat memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya,” ujarnya ketika berucap di Majlis Perasmian Bulan Sukan Negara Daerah Tangkak.

Johan Ali, 38, peserta fun ride yang sempat ditemubual menyatakan bahawa bulan sukan negara dapat melahirkan generasi dan masyarakat yang suka bersukan tanpa mengira kaum mahupun peringkat usia walaupun dengan menyertai sukan seperti berbasikal dan larian mampu mengukur tahap kesabaran dan kemampuan sebenar diri sendiri.

Johan Ali peserta fun ride bersama rakan lain dalam program Fun Ride Parlimen Ledang.

Johan Ali peserta fun ride bersama rakan lain dalam program Fun Ride Parlimen Ledang.

Acara Fun Ride 2019 adalah antara pengisian utama melibatkan hampir 200 orang terdiri dari masyarakat tempatan serta belia memeriahkan suasana bulan sukan negara pada kali ini.

Semua pengunjung yang hadir turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara senamrobik dan acara larian 2 km yang melibatkan seramai 250 orang pelajar.

-NI-

Tinggalkan komen anda