Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Sambutan World Physiotherapy Day HQE Sederhana Tapi Meriah

By 10 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Timbalan Pengarah Klinikal II, Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr. Irene Chau berkata pihak hospital akan terus berusaha memberi perkhidmatan berkualiti yang berterusan termasuklah perawatan fisioterapi bagi membantu pesakit mencapai tahap pemulihan yang optimum.

Sebahagian daripada ahli fisioterapi berperanan memberi rawatan secara penyembuhan, pemulihan, perangsang dan pencegahan.

Sebahagian daripada ahli fisioterapi berperanan memberi rawatan secara penyembuhan, pemulihan, perangsang dan pencegahan.

Katanya perkhidmatan fisioterapi merupakan kaedah perawatan klinikal terhadap pesakit melibatkan anggota badan dengan menggunakan kaedah rawatan secara penyembuhan(curative), pemulihan (rehabilitative), perangsang (promotive) dan pencegahan (preventive).

“Selain berperanan menjadi pemberi khidmat utama, ahli fisioterapi juga sentiasa memastikan setiap rawatan terhadap pesakit dilaksanakan mengikut prosedur yang merangkumi proses penilaian pesakit, menganalisis pergerakan, mengenal pasti ketidakupayaan, merancang perawatan dan seterusnya memberi khidmat pendidikan kesihatan berterusan terhadap pesakit.

Perkhidmatan fisioterapi meliputi perawatan dan pemulihan akibat kecederaan fizikal kepada pesakit.

Perkhidmatan fisioterapi meliputi perawatan dan pemulihan akibat kecederaan fizikal kepada pesakit.

“Fisioterapi yang turut dikenali sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan merupakan salah satu profesion penting dalam perawatan dan pemulihan khususnya dalam proses rehabilitasi terhadap pesakit bermula seawal asas kehidupan individu.

“Sehubungan itu pihak hospital akan terus merancang dan mempergiat pelbagai program kesedaran dan pengetahuan agar masyarakat maklum bahawa perawatan fisioterapi bukan sekadar membantu dalam pergerakan pesakit sebaliknya amat berpengaruh dalam mempertingkatkan kesihatan diri demi kelangsungan hidup yang lebih berkualiti,”jelasnya.

Sesi Penerangan …. Para pelajar yang hadir pada sambutan turut diberi penerangan berkaitan fisioterapi daripada Pegawai Pemulihan Perubatan.

Sesi Penerangan …. Para pelajar yang hadir pada sambutan turut diberi penerangan berkaitan fisioterapi daripada Pegawai Pemulihan Perubatan.

Dr.Irene berkata demikian semasa merasmikan sambutan World Physiotherapy Day 2019 anjuran Unit Fisioterapi dengan kerjasama Persatuan Fisioterapi bertempat di Auditorium HQE, pada rabu.

Bertemakan ‘Movement for Health’, hampir seluruh warga HQE, terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pegawai perubatan, jururawat dan kakitangan pengurusan daripada setiap wad dan klinik hadir menjayakan program sambutan.

Dr. Irene ketika melawat tapak pameran dan menerima penjelasan berhubung pemulihan akibat kecederaan fizikal.

Dr. Irene ketika melawat tapak pameran dan menerima penjelasan berhubung pemulihan akibat kecederaan fizikal.

Selain daripada pameran dan pemeriksaan kesihatan percuma, sambutan turut diisi dengan sesi ceramah berkaitan perkhidmatan fisioterapi meliputi perawatan dan pemulihan akibat kecederaan fizikal kalangan pesakit.

Hadir sama pada majlis yang julung kali diadakan termasuklah Ketua Jabatan Rehabilitasi Dr. Shahiskandar Sybil Syah; Ketua Unit Fisioterapi, Lily Kong, ketua-ketua jabatan serta kalangan pelajar sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu.

ER

Tinggalkan komen anda