Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Ilmu Kesihatan Pergigian Penting Untuk Generasi Belia

By 11 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / foto: Nurazreen Bt Abd Rahman (Seberang Perai Utara)

BERTAM, 11 Okt (Malaysiaaktif) –  Kolej Komuniti Kepala Batas dengan Klinik Pergigian Kepala Batas semalam telah menganjurkan Hari Kesihatan Pergigian Kolej Komuniti bagi tahun 2019 yang bertempat di Kolej Komuniti Kepala Batas.

Hari Kesihatan Pergigian diadakan sempena Program TWIST (“Transformation With 1 Smile Together”) yang merupakan program MOU di antara Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia  dengan  Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sebagai kesinambungan kepada Program Perkhidmatan Sekolah yang diperluaskan kepada golongan belia dalam memperkasakan penjagaan kesihatan pergigian sebagai langkah untuk memastikan semua pelajar Kolej Komuniti mencapai tahap kesihatan mulut yang baik dengan sekurang-kurangnya mendapatkan pemeriksaan  sekali dalam tempoh pengajian mereka.

Pemeriksaan kesihatan pergigian

Pemeriksaan kesihatan pergigian

Program kali ini juga telah memperkenalkan dua orang Ikon Gigi Remaja (iGG-R) yang dipilih dikalangan pelajar Kolej Komuniti yang akan bertindak sebagai Duta Golongan Belia. Ikon iGG-R berperanan  sebagai agen perubahan dan “role model” kepada masyarakat. Mereka juga bertanggungjawab sebagai sukarelawan pergigian  dalam memberi penerangan tentang kesihatan dan cara penjagaan kesihatan pergigian untuk disampaikan kepada masyarakat. Pada tahun ini  Kolej Komuniti Kepala Batas telah memilih pelajar, Nor Aini Bt Md Desa, 18, yang mengambil jurusan Diploma Seni Binaan dan Nur Aiman Bin Abdul Razak ,20, berjurusan Diploma Animasi sebagai iGG-R.

Nor Aini Bt Md Desa, 18 dan Nur Aiman Bin Abdul Razak ,20 sebagai iGG-R

Nor Aini Bt Md Desa, 18 dan Nur Aiman Bin Abdul Razak ,20 sebagai iGG-R

Menurut Nur Aiman Bin Abdul Razak ketika ditemui, beliau berasa berbangga dan teruja dipilih sebagai ikon IGG-R kali ini.

“Saya berasa bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari berkaitan kesihatan dan penjagaan gigi kepada rakan-rakan dan seluruh warga kolej agar objektif program dapat dicapai.”

Program ini telah dikendalikan oleh Pegawai Pergigian, Dr. Siti Rohayu Hamidi yang turut dibantu oleh 18 anggota kesihatan Klinik Pergigian Kepala Batas. Turut hadir pada program berkenaan Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Mohd Ruzi Bin Hamzah dan penyelaras program, Rahayu Rahamad.

Pegawai Pergigian, Dr. Siti Rohayu Hamidi

Pegawai Pergigian, Dr. Siti Rohayu Hamidi

Melalui program yang dianjurkan ini, pelbagai pengisian menarik telah disediakan antaranya taklimat dan penerang oleh pegawai perubatan pergigian berkenaan penjagaan kesihatan gigi, pemeriksaan gigi secara percuma serta pameran dan kuiz kesihatan pergigian.

-II-

Tinggalkan komen anda