Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sepakat@Komuniti Pahang Erat Silaturahim

By 14 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: S.Farisah /Sh.Nurrul (Pahang)

JERANTUT, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Silaturahim yang terjalin antara masyarakat dengan jabatan kerajaan diperkukuhkan lagi menerusi Program Sepakat @Komuniti Peringkat Negeri Pahang 2019.

Program yang julung kali diadakan secara besar- besaran di Dataran Terminal Bas Inderapura, Jerantut, bermula pada 11 hingga 13 Oktober 2019, dilihat sebagai platform yang berterusan daripada pihak kerajaan menjaga hubungan baik dengan masyarakat, khususnya di daerah Jerantut.

Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang 2019.

Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang 2019.

 Program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Pahang dengan kerjasama ggensi-agensi kerajaan antaranya Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Jerantut, Pejabat Pertanian Daerah Jerantut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena program berkenaan.  Antaranya ialah Pertandingan Karaoke Bintang Patriotik, Pertandingan Senamrobik, Pertandingan E-Sports Championship- PES 2020, mewarna, masakan, pertandingan beyblade dan banyak lagi.

Gerai masakan menjadi pilihan YB Hajah Fuziah untuk memperlihatkan bakat memasak beliau.

Gerai masakan menjadi pilihan YB Hajah Fuziah untuk memperlihatkan bakat memasak beliau.

Program dirasmikan oleh Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Mohd Salmun Mustafa.

Fuziah turut menyampaikan Watikah Penubuhan Rasmi Komuniti Harapan Malaysia Negeri Pahang, di samping menyampaikan hadiah Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang 2019 dan Pertandingan Senamrobik. Beliau turut meluangkan masa melawat gerai pameran.

-KN

Tinggalkan komen anda