Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Empat Pelajar Tular Dirai

By 14 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Syed Putra Syed Ambon (Pendang)

PENDANG, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 10 ribu pengunjung hadir memeriahkan Bulan Sukan Negara (BSN) di sebuah resort, di sini baru-baru ini

Dalam pada itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tokai, Fadhlurahman Zawawi cukup berbesar hati dapat berjumpa dengan empat orang pelajar yang tular di media sosial dan menyifatkan sikap begini perlu dipupuk dalam diri setiap anggota masyarakat.

“Hari ini saya dapat bertemu dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang yang tular selepas tindakan mereka mengutip sampah secara sukarela ketika acara larian ria sempena BSN ini.

“Mereka adalah Sheltira Tiang, Chan Hui Wen, Lau Yuhan dan Ong Weng Yong, dan kesemua mereka merupakan pelajar tingkatan empat di SMK Pendang. Saya sangat berbangga dengan pelajar tesebut, sekalung tahniah buat guru-guru dan ibu-bapa yang telah mendidik mereka mengenai betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.

“Semoga sikap dan amalan mulia ini menjadi contoh ikutan pelajar dan generasi muda kita demi kelestarian alam sekitar dan menjaga kebersihan bumi kita,” katanya ketika ditemui.

-SH

Tinggalkan komen anda