Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

JobsMalaysia Platform Kerjaya Lengkap Buat Pencari Kerja

By 8 November 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fauziah Abdullah (Seremban)

SEREMBAN, 8 Nov (Malaysiaaktif) – Pelbagai inisiatif telah diusahakan oleh kerajaan bagi menangani kadar pengangguran dan salah satunya melalui Portal JobsMalaysia yang dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)  bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia.

Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan JTKSM Zuraidah Zainal Abidin, berkata portal tersebut memudahkan pencari kerja mendapat peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka, manakala majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka secara dalam talian.

“Selain padanan kerjaya melalui portal, perkhidmatan yang disediakan oleh JobsMalaysia termasuk tip temu duga, penyediaan menulis resume dan pengenalan awal kepada dunia kerjaya sebagai persediaan kepada pencari kerja yang kurang berpengalaman.

“Peranan JobsMalaysia juga tidak terhad kepada satu kumpulan masyarakat sahaja, ia meliputi semua warganegara secara inklusif tanpa mengira apa jua perbezaan sekalipun,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Sebanyak lima buah sekolah melalui Kelab Malaysiaku terlibat dalam lawatan sambil belajar ini dan memberi pendedahan awal mengenai alam pekerjaan kepada pelajar yang terlibat.

-AK

Tinggalkan komen anda