Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Terminal Feri Antarabangsa Kukup Lambang Kepesatan Ekonomi Rakyat

By 8 November 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto : Maisarah Mohd Khalid/Suhana Mohd Ariffin (Johor Bahru)

PONTIAN, 8 Nov (Malaysiaaktif) – Terminal Feri Antarabangsa Kukup (TFAK) beroperasi semula semalam setelah hampir dua bulan pengoperasian terminal ini tertangguh di bawah kendalian Perbadanan Pengangkutan Awam Johor.

Feri yang mampu memuatkan seramai 130 orang penumpang ini akan beroperasi secara berperingkat dengan dengan menyediakan lima slot sehari yang mana hanya menawarkan satu laluan iaitu dari Kukup ke Tanjung Balai, Karimun, Indonesia.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika ditemui semasa Majlis Flag-off Feri dan Perlancaran Terminal Feri Antarabangsa Kukup.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika ditemui semasa Majlis Flag-off Feri dan Perlancaran Terminal Feri Antarabangsa Kukup.

TFAK terpaksa ditangguhkan perkhidmatannya bermula 1 September 2019 yang lepas berikutan berhadapan dengan beberapa isu teknikal yang melibatkan dua buah negara.

Hal ini, telah menjadi bualan ramai terutamanya para perniaga di sekitar TFAK di mana mereka terpaksa menutup sementara premis perniagaan mereka kerana kemerosotan jumlah pelanggan setelah penutupan sementara terminal ini.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika ditemui semasa Majlis Flag-off Feri dan Perlancaran Terminal Feri Kukup berkata memang berlaku penangguhan tetapi surat kebenaran untuk feri berlabuh di Terminal Tanjung Balai, Pulau Karimun telah diterima kerajaan negeri petang semalam daripada kerajaan Indonesia.

Syed Rofianshah (kiri) bersama rakan sekerjanya di hadapan kedai runcit mereka yang bersebelahan dengan Terminal Feri Kukup.

Syed Rofianshah (kiri) bersama rakan sekerjanya di hadapan kedai runcit mereka yang bersebelahan dengan TFAK.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badar turut mengesahkan pengoperasian semula Terminal Feri Antarabangsa Kukup (TFAK) telah pun bermula semalam.

Dengan pengoperasian semula terminal ini, ia telah memberi semula peluang kepada para perniaga untuk membuka semula premis perniagaan mereka yang telah ditutup hampir dua bulan.

Salah seorang pelancong dari Tanjung Batu, Riau, Johari Ari berkata, penutupan TFAK sebelum ini agak menyukarkan perjalanannya untuk ke Malaysia kerana terpaksa berlabuh di Jeti Puteri Harbour di mana jaraknya lebih jauh berbanding di TFAK.

Johari Ari merupakan salah seorang pelancong yang tiba di Terminal Feri Kukup pada hari pertama pengoperasian Terminal Feri Kukup.

Johari Ari merupakan salah seorang pelancong yang tiba di Terminal Feri Antarabangsa Kukup pada hari pertama pengoperasiannya. 

“Saya berharap pembukaan TFAK dapat dikekalkan supaya perjalanan kami lebih cepat serta urusan pergi dan balik berjalan dengan lancar” ujarnya.

Menurut Syed Rofianshah, 34, yang merupakan pekerja di sebuah kedai runcit berdekatan TFAK berkata, penutupan itu sedikit sebanyak telah menjejaskan perniagaan di tempatnya bekerja yang merupakan sumber pendapatan utamanya.

“Saya berharap tiada lagi isu seperti ini selepas pembukaan semula TFAK dan saya juga berharap kerajaan Negeri Johor dapat menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin,” ujarnya.

Salim Abd Aziz yang merupakan pemandu teksi gembira dengan pembukaan semula Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Pontian.

Salim Abd Aziz yang merupakan pemandu teksi gembira dengan pembukaan semula Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Pontian.

Tambah beliau lagi, “saya amat  bersyukur perniagaan di kawasan ini semakin bertambah baik sejak pembukaan semula TFAK.”

Salim Abdul Aziz, 57, pemandu teksi di kawasan TFAK, Pontian berkata penutupan terminal ini menjejaskan sumber pencarian beliau sebagai pemandu teksi.

“Saya berasa sangat gembira apabila terminal ini mula beroperasi semula, dengan ini saya dan rakan-rakan dapat kembali bekerja seperti sedia kala serta pendapatan kami akan kembali stabil.

“Saya juga berharap pembukaan terminal  ini akan dapat dikekalkan seperti biasa dan tidak akan ditutup lagi kerana ia boleh menjejaskan hasil pencarian pemandu teksi di sekitar kawasan ini” katanya lagi.

Pengoperasian semula terminal ini memang ditunggu-tunggu kerana ia akan akan memudahkan urusan semua pihak yang mencari rezeki di sini.

 

-NI-

 

Tinggalkan komen anda