Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Laluan Persimpangan Pulai Jaya Kini Dibuka

By 11 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Najib Mohaini (Johor)

KULAI, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Persimpangan Pulai Jaya kini boleh digunakan oleh orang ramai bermula hari ini. Laluan Pontian ke Johor Bahru sepanjang kira-kira 1 kilometer ini mampu mengurangkan 40 peratus kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan sini.

Menteri Besar Johor Datuk Dr. Sahruddin Jamal, berkata, kerjasama yang digarap melalui projek persimpangan bertingkat ini merupakan salah satu komitmen baik antara pihak kerajaan dan syarikat yang terlibat dalam bersama-sama memacu agenda dan teras pembangunan yang telah digagaskan oleh kerajaan negeri.

“Saya telah dimaklumkan bahawa kos keseluruhan projek pembinaan laluan persimpangan bertingkat Bandar Pulai Jaya ini bernilai RM85.4 juta.

“Projek ini telah diuruskan dan dibiayai sepenuhnya oleh Extreme Consolidated Sdn. Bhd. dan proses pembinaannya telah bermula sejak 1 Januari 2014 lagi,” katanya semasa merasmikan pembukaan jalan tersebut, di sini hari ini.

Dr. Sahruddin Jamal (tengah) mendengar penerangan projek daripada wakil Extreme Consolidated Sdn. Bhd.

Dr. Sahruddin Jamal (tengah) mendengar penerangan projek daripada wakil Extreme Consolidated Sdn. Bhd.

Menurut Sahruddin, Laluan Persimpangan Pulai Jaya ini menghubungkan Jalan Pontian ke Johor Bahru, Lebuh Raya Link Kedua (Lapangan Terbang Tuas-Senai – Kuala Lumpur) bakal memanfaatkan lebih 100,000 kenderaan.

“Pembinaan persimpangan ini dijangka dapat melonjakkan kepesatan pembangunan dan menjana pertumbuhan ekonomi serta memberi faedah kepada penduduk sekitar Taman Pulai Jaya, Pulai Perdana I & II, Taman Teratai, Kangkar Pulai, Pulai Indah, Pulai Hijauan, Ulu Choh, Pontian dan kawasan sekitar.

“Secara tidak langsung tempoh perjalanan yang akan dilalui adalah lebih kurang 25 minit dan telah memendekkan masa dan jarak kepada pengguna,” katanya lagi.

Turut hadir ke majlis perasmian tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Dzulkefly Ahmad serta Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antrabangsa, Pelaburan dan Utiliti Jimmy Puah Wee Tse.

-SH

Tinggalkan komen anda