Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Diskaun Sehingga 53% Bagi Kadar Penilaian Baharu Hartanah 2020

By 17 Disember 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Penduduk Labuan bakal nikmati pemberian diskaun 6.9 hingga 53 peratus bagi Kadar Penilaian Baharu Hartanah bermula tahun 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan (PL) Dr. Fary Akmal Osman, pihaknya mencadangkan kadar peratus cukai kadaran semasa diturunkan bagi mengimbangi kenaikan nilai tahunan yang dicadangkan untuk diguna pakai pada tahun depan.

“Peratus kadar baharu yang dikenakan akan diberi diskaun iaitu di antara 6.9 peratus sehingga 53 peratus bagi pegangan semasa mengikut kategori dan zon masing-masing.

“Walaubagaimanapun nilai sebenar kadaran adalah berbeza-beza dan kenaikan atau penurunan bergantung kepada lokasi dan keadaan bangunan,” katanya semasa sidang media, di sini baru-baru ini.

Jelasnya, keputusan itu dicapai setelah mengambil kira rungutan orang ramai serta pandangan pemagang taruh ke atas notis Senarai Penilaian Baharu 2020 yang diedarkan secara meluas pada 21 Oktober lepas.

“PL mengambil inisiatif melaksanakan sesi perjanjian dan kami dapati senarai nilaian yang dicadangkan diterima agar tiada kenaikan amaun cukai kadaran yang akan dibayar kerana keadaan ekonomi Labuan yang suram.

“Perbadanan menjangka hanya akan menerima RM14 juta selepas pelaksanaan penilaian baharu itu dan hasil kutipan berkenaan masih tidak mampu menampung kos perbelanjaan seperti kerja-kerja penyelenggaran dilakukan PL yang menelan kos sebanyak RM24 juta setahun,” katanya lagi.

Menurut Fary, PL turut berharap penurunan cukai kadaran di kawasan tertentu boleh mengurangkan sewa bagi menggalakkan pelabur atau peniaga beroperasi.

-SH

Tinggalkan komen anda