Laporan/foto: Noor Faeizah Ahmad (Kubang Pasu)
JERLUN, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, menegaskan pendidikan amat penting bagi melahirkan anak-anak yang berjaya dan menjadi harapan kepada keluarga.
“Amat membimbangkan prestasi pendidikan di negeri ini masih berada pada kedudukan terendah berbanding negeri-negeri lain,” katanya sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Pakaian Sekolah dan Kerusi Roda Peringkat Parlimen Jerlun.
Menurut Mukhriz, seramai 1000 orang anak-anak dari Parlimen Jerlun telah menerima sumbangan seperti pakaian, kasut dan beg sekolah.
“Ini menunjukkan keprihatinan serta usaha kerajaan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan menyediakan kelengkapan sekolah,” katanya lagi.
Maizarah Mustaffa, 45, ibu kepada tujuh orang anak berasa gembira dan bersyukur kerana sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung.
-SH