Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Firefly Tambah Laluan Penerbangan Menghubungkan Johor Bahru dan Kota Bharu

By 17 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

KULAI, 17 Dis (Malaysiaaktif)Firefly Airlines, sebuah syarikat penerbangan jarak pendek hari ini meraikan penerbangan sulung yang menghubungkan Negeri Johor dari Kelantan melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Senai.

Penerbangan pertama FY2349 yang berlepas dari Kota Bharu pada jam 11.30 pagi itu menggambil masa lebih kurang satu jam setengah dengan penerbangan terus dan selamat mendarat di Johor Bahru pada jam 1.10 petang.

Ketibaan penerbangan pertama FY2349 yang membawa penumpang dari Kota Bharu mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 1.10 petang.

Ketibaan penerbangan pertama FY2349 yang membawa penumpang dari Kota Bharu mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 1.10 petang.

Ketibaan penumpang pertama dari Kota Bharu disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Liow Cai Tung bersama CEO Firefly, Philip See.

Liow Cai Tung berkata detik ini merupakan sesuatu yang sangat penting dalam menyambut Tahun Melawat Johor 2020 kerana pihak kerajaan negeri bukan sahaja melihat kepada statistik pelancong antarabangsa tetapi juga pelancong domestik.

Liow Cai Tung menyerahkan cenderahati kepada penumpang yang sampai melalui penerbangan sulung dari Kota Bharu.

Liow Cai Tung menyerahkan cenderahati kepada penumpang yang sampai melalui penerbangan sulung dari Kota Bharu.

“Bagi tahun 2018, kehadiran pelancong domestik di Johor adalah sebanyak 2.92 juta berbanding 2.63 juta pada tahun 2018 dan 2.4 juta pelancong pada tahun 2016 di mana kita dapat melihat peningkatan pelancong domestik pada setiap tahun,” ujarnya lagi.

Sementara itu, CEO Firefly, Philip See pula berkata, penerbangan Firefly antara Johor Bahru dan Kota Bharu akan diadakan tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Liow Cai Tung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Liow Cai Tung.

Penerbangan ini dapat menjimatkan masa berbanding menggunakan perjalanan darat yang mengambil masa sehingga sembilan jam.

“Dua negeri ini merupakan negeri yang strategik di mana Kota Bharu menghubungkan selatan Thailand dan Johor Bahru membangun dengan pesat antara laluan ke Singapura.

CEO Firefly, Philip See.

CEO Firefly, Philip See.

“Kami percaya laluan ini akan memudahkan perjalanan dan perhubungan memandangkan tahun hadapan adalah Tahun Melawat Malaysia 2020 dan kami berharap ia secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah kedatangan pelancong domestik di kedua-dua buah negeri,” katanya lagi.
-NI-

Tinggalkan komen anda