Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Komuniti Harapan Malaysia Bantu Pupuk Perpaduan

By 3 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah)

MELAKA, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Satu program taklimat berkaitan hala tuju Komuniti Harapan Malaysia (KHM) ini telah diadakan baru-baru di Dewan Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Masjid Tanah. Program ini telah menghimpunkan ahli jawatankuasa tertinggi KHM seluruh Daerah Alor Gajah.WhatsApp Image 2019-12-03 at 11.23.05

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah Salina Hassan, KHM ditubuhkan untuk membantu kerajaan memasarkan dasar-dasar kerajaan sehingga ke akar umbi. Oleh sebab itu, mereka mengambil inisiatif mengumpulkan semua Ahli Jawatankuasa (AJK) tertinggi KHM ini agar mereka lebih memahami objektif dan tujuan ditubuhkan KHM ini.

“KHM juga bertanggungjawab untuk sama-sama mengimarahkan semangat perpaduan dalam kalangan Rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” ujar Salina.

Pengerusi KHM Rembia, Md Tahir Othman, berbesar hati kerana telah terpilih untuk menerajui KHM.WhatsApp Image 2019-12-03 at 11.23.05 (1)

“Masih ramai yang belum memahami tentang KHM ini dan mungkin mengambil masa untuk memberi pemahaman masyarakat tentang peranan dan kewujudan KHM ini.

“Komuniti Harapan Malaysia merupakan platform yang disediakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia untuk ahli-ahlinya memainkan peranan sebagai rakan strategik kerajaan dan setiap KHM ini disediakan peruntukan untuk menjalankan apa jua aktiviti di peringkat akar umbi,”ujar Md Tahir.

Taklimat Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Daerah Alor Gajah yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia, Mohd Fadzil Azma Mat Saad ,turut hadir Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Nurhasnani Abdul Wahab.

-KN

Tinggalkan komen anda