Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Malaysia-Indonesia Perkukuh Jaringan Maklumat

By 3 Disember 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Pai Syahira Yahya/ Syed Muda Syed Mohd/ Sh. Nurul (Pahang)

 

KUANTAN, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Program Pertukaran Pegawai Penerangan dan Wakil Kelompok Informasi Masyarakat Indonesia ke Malaysia berlangsung dengan jayanya perkukuhkan lagi jaringan komunikasi dan maklumat antara Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Republik Indonesia.

Pertukaran pegawai melibatkan seramai lapan peserta daripada portfolio masing-masing berkampung di Malaysia selama lima hari bermula 26 hingga 30 November 2019 lalu memberi pendedahan kepada peserta bagi mengenali budaya masyarakat Malaysia lebih dekat.WhatsApp Image 2019-12-03 at 16.39.31

Program ini telah memberi pendedahan kepada pegawai dari kedua-dua buah negara tentang peranan dan fungsi pegawai penerangan atau wakil komuniti setempat, saling bertukar pandangan sekali gus mengeratkan hubungan antara rakyat serta memperkembangkan ekonomi dan sosial.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Antarabangsa JaPen Malaysia, Laly Haizan Bahar, “Program ini membolehkan para peserta bertukar-tukar maklumat, menambah baik sistem penerangan yang sedia ada selain bertukar ilmu dan pengalaman kepada pegawai.”

Selain itu, program seumpama ini dapat menjalin kerjasama dan mempromosi keunikan produk daripada negara masing-masing.

Pengarah Penerangan Pahang, Mohd Salmun Mustafa berkata “Kami di Pahang berbesar hati menerima kunjungan deligasi dan berusaha sebaik mungkin mengenalkan keunikan makanan, produk, budaya di negeri Pahang yang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia kepada peserta.”

Deligasi turut dibawa ke beberapa lokasi menarik di Pahang seperti ke Kampung Budu, Kuala Lipis, Cameron Highlands, Kampung Kuala Medang, Kuala Lipis, RTM Pahang, Muzium Seni Pahang dan Kompleks Tenun Pahang Diraja, Pekan bagi mengenali budaya dan seni tradisional masyarakat Pahang.

Menurut wakil deligasi Kepala Dinas Komunikasi Informatika dan Persandian Acheh, Marwan Nusuf, “Program ini membuahkan perkongsian ide dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat dan bagaimana membudayakan Komuniti Informasi Masyarakat (KIM) dan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) saling belajar satu sama lain.”

Dalam pada itu, hubungan kerjasama dalam bidang penerangan dan komunikasi antara Malaysia dan Republik Indonesia telah terjalin sejak 30 tahun lalu bermula 13 Julai 1984.

Menerusi perjanjian persefahaman tersebut, sebanyak 10 sesi mesyuarat bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia (KOMINFO) telah berlangsung.WhatsApp Image 2019-12-03 at 16.39.33 (1)

Berikutan itu, mesyuarat terakhir Jawatankuasa Bersama Penerangan dan Komunikasi (JCICM) telah diadakan pada 2 hingga 4 Mei 2010 lalu di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur.

Hasil mesyuarat tersebut, JaPen diputuskan menjadi salah satu agensi pelaksana program-program yang dipersetujui di bawah sub-bidang penerangan bersama Direktorat Jenderal Informatika dan Komunikasi Publik, agensi penerangan di bawah KOMINFO, Republik Indonesia.

Susulan itu, impak positif penganjurannya merupakan kayu ukur kepada pemantapan program sedia ada seperti yang dihasratkan dalam mesyuarat tersebut.

Hadir sama Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, Dato’ Indera Haji Zulkifli Haji Yaacob yang merasmikan Majlis Rakan Strategik Malaysia – Indonesia bagi meraikan semua peserta delegasi semasa majlis penutup.WhatsApp Image 2019-12-03 at 16.39.32

-KN

Tinggalkan komen anda