Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Peranan Media Promosi Pelancongan Labuan Dihargai

By 1 Disember 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 1 Dis ( Malaysiaaktif) – Tiara Labuan Hotel menghargai peranan media dalam mempromosi sektor pelancongan di wilayah ini.

Pengurus Tiara Labuan Hotel Eugene Chin, berkata peranan yang dimainkan pengamal media mampu merancakkan industri pelancongan serta sektor perhotelan di sini.

“Kami amat menghargai bantuan dan sokongan pihak media dalam mempromosi Labuan di media masing- masing bagi menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Saya harap kerjasama ini akan berterusan terutama semasa Tahun Melawat Malaysia 2020 yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya dalam majlis penghargaan kepada media tempatan di hotel itu baru-baru ini.

Beliau berkeyakinan kerjasama pihak media dengan pemain industri perhotelan mampu mendatangkan impak yang positif kepada ekonomi Labuan terutama kepada ekonomi penduduk tempatan.

Hadir sama Pengarah Urusan Tiara Labuan Hotel Chai Tze Khee dan Presiden Persatuan Penggiat Media Labuan Jainudin Djimin.

-SH

Tinggalkan komen anda