Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Al-Quran Tiket Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

By 23 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Nurazreen Abd Rahman/ Hj Zanizal Bin Zamani (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 23 Jan (Malaysiaaktif) -“Hindarkan dari melakukan 3 perkara seperti bermusuhan dengan Al -Quran, iaitu meninggalkan Al-Quran untuk dibaca, melupakan ajaran Al-Quran untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan enggan memahami intipati ajaran yang terkandung dalam Al-Quran,” kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dalam ucapannya di Dewan Millenium  Kepala Batas sempena Majlis Tilawah Al Quran dan Hafazan Al Quran peringkat negeri Pulau Pinang tahun  1441H/2020M.

Seramai lapan peserta mengambil bahagian dalam tilawah Al Quran dan 35 peserta pula telah mengambil bahagian dalam acara menghafal Al Quran dengan pemenang bagi peringkat ini akan mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 14 sehingga 21 Februari nanti.

Johan Qari, Muhammad Umar Syazuli Mohd. Tahir

Johan Qari, Muhammad Umar Syazuli Mohd. Tahir

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan  oleh Yang di-Pertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas yang diiringi Timbalan Ketua Menteri I merangkap Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman. Hadir sama, isteri kepada TYT, Toh Puan Majimor Shariff, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen serta Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Pemenang Johan Qari, Muhammad Umar Syazuli Mohd Tahir dan Pemenang Qariah, Awatif Abd. Majid telah berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM5, 000 dan RM15, 000 untuk pakej menunaikan umrah atau haji.

Johan Qariah dimenangi oleh Awatif Abd Majid

Johan Qariah dimenangi oleh Awatif Abd Majid

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah di atas kejayaan dan saya akan berusaha untuk menambah baik lagi bacaan untuk ke peringkat seterusnya,” kata Umar ketika ditemui.

Pemenang bagi Hafazan Al Quran kategori juzuk 1-10 menerima RM2, 000 dimenangi oleh Mohammad Ikmal Fahmi dan Nur Anis Afreena Kamal Ariffin. Bagi kategori juzuk 1-20 pula menerima RM3, 000 telah dimenangi oleh Mohammad Amin Mohd. Nur Zamri dan Wisam Husnaa Ahmad Nazori. Bagi ketegori akhir Hafazan Al Quran kategori juzuk 1-30 dimenangi oleh Muhammad Amar Marzhukhi  yang menerima RM4, 000.

Antara tetamu yang hadir

Antara tetamu yang hadir

Kira seramai  2000 orang hadir memeriahkan majlis tilawah pada tahun ini.

-ii-

Tinggalkan komen anda