Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Mobile@Kiosk Diserbu Orang Ramai

By 23 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Vikkneswaran A/L Rajendran/ Mohd Faizal Mat Akhir

NIBONG TEBAL, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Mobile@Kiosk Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah diserbu orang ramai gara-gara memberi penerangan dan membantu proses pendaftaraan e-tunai rakyat.

Ini berikutan inisiatif e-tunai rakyat terbaru diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan di mana setiap individu yang berumur 18 tahun keatas serta berpendapatan  kurang daripada RM100, 000 setahun layak menerima sebanyak RM30 untuk menggalakkan penggunaan e-dompet dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna tempatan.

ADUN Jawi turut memberi bantuan pendaftaran E-Tunai

ADUN Jawi turut memberi bantuan pendaftaran E-Tunai

Usaha menyebar luas inisiatif kerajaan khususnya inisiatif terkini e-tunai rakyat telah diadakan bertempat di Pasar Malam Taman Belatuk, Nibong Tebal dan orang ramai hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai bagaimana hendak membuat pendaftaraan e-tunai rakyat.

Menurut ADUN Jawi, H’ng Mooi Lye, “Masih ramai yang yang tidak tahu inisiatif e-tunai dan bagaimana hendak mendaftar bagi mendapatkan RM30 tersebut.”

Orang ramai mendapatkan bantuan pendaftaran e-tunai

Orang ramai mendapatkan bantuan pendaftaran e-tunai

“Usaha murni dan langkah proaktif Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang khususnya Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan dalam menyebar dan membantu orang ramai dalam mendapatkan inisiatif e-tunai ini adalah amat baik dan harus dipuji,” tambahnya lagi.

Kaunter Mobile@kiosk penuh diserbu orang ramai

Kaunter Mobile@kiosk penuh diserbu orang ramai

Turut bersama dalam program ini ialah Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang, Sabri Said, kakitangan Pejabat ADUN Jawi, MPKK Sanglang dan Komuniti Harapan Malaysia Jawi.

-ii-

Tinggalkan komen anda