Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Cintai Al-Quran Asas Pedoman Manusia

By 11 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Azimee Abdullah (Daerah Barat Daya)

BALIK PULAU, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Program saringan Majlis Tilawah Al-Quran yang melibatkan peserta dari Daerah Barat Daya dan Timur Laut telah diadakan bertempat di Masjid Daerah Barat Daya.

Seramai 14 peserta terdiri daripada 9 peserta Qari dan 5 peserta Qariah telah mendaftar untuk memasuki pertandingan ini bagi merebut peluang untuk mewakili Daerah Timur Laut ke Pertandingan akhir Majlis Tilawah Al Quran Negeri Pulau yang akan diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas pada 20 dan 21 Januari 2020M dengan tema “Negara Rahmah, Ummah Sejahtera.”

Ucapan oleh Pegawai Daerah Barat Daya, Mohd. Hafiz Aswad Mohd Nazri

Ucapan oleh Pegawai Daerah Barat Daya, Mohd. Hafiz Aswad Mohd Nazri

Objektif Majlis Tilawah Al-Quran ini diadakan adalah untuk menarik minat masyarakat umum mencintai Al Quran dan seterusnya dapat membentuk budaya cintakan ilmu pengetahuan di kalangan umat islam tanpa mengira peringkat usia.

Salah seorang peserta, Abdul Aziz Che Mat, 61, dari Sungai Batu, Bayan Lepas berkata, “Membaca Al-Quran perlulah berilmu supaya sebutannya betul dan menepati maksud yang disampaikan.”

Salah seorang peserta, Abdul Aziz Bin Che Mat, 61 tahun

Salah seorang peserta, Abdul Aziz Bin Che Mat, 61 tahun

Majlis Penutup Majlis Tilawah Al-Quran ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Barat Daya, Mohd. Hafiz Aswad Mohd Nazri. Beliau di dalam ucapan penutup turut mengajak hadirin yang hadir untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup, seterusnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Johan Qari, Muhammad Umar Syazuli Bin Mohd Tahir

Johan Qari, Muhammad Umar Syazuli Bin Mohd Tahir

“Peringkat komuniti perlu mengadakan kelas pengenalan supaya anak-anak mudah untuk mempelajarinya,” katanya sebelum mengakhiri ucapan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Agama Daerah Barat Daya, AJK Masjid Daerah Barat Daya serta para tetamu yang telah hadir dan memberikan sokongan untuk menjayakan majlis ini.

Johan Qariah, Khairun Nabihah Binti Ahmad Zaid

Johan Qariah, Khairun Nabihah Binti Ahmad Zaid

Pemenang peringkat saringan Majlis Tilawah Al Quran ini telah dimenangi oleh Muhammad Umar Syazuli Mohd Tahir yang mendapat markah 83% bagi peserta Qari, manakala bagi peserta Qariah pula dimenangi oleh Khairun Nabihah Ahmad Zaid yang mendapat markah 70%.

-II-

Tinggalkan komen anda