Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

‘Info on Wheel’ Sebar Maklumat Secara Bersemuka

By 25 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff/Mohd Hanif Samad (Tampin)

TAMPIN, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Komunikasi secara bersemuka merupakan antara cara yang efektif dalam menyampaikan maklumat penting kepada masyarakat.

Justeru, Pejabat Penerangan Daerah Tampin telah mengambil inisiatif untuk turun padang dan bertemu dengan orang ramai di sekitar kawasan tumpuan di daerah ini melalui program Info on Wheels.

Wakil Pejabat Penerangan Tampin, Mohd Ariff Ishak, berkata kaedah ini merupakan antara jalan terbaik bagi menyampaikan maklumat.

“Pihak Jabatan Penerangan akan terus menyampaikan maklumat melalui kaedah bersemuka bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang sahih dan tepat mengenai dasar dan pencapaian kerajaan,” ujarnya.

Menurut Ariff lagi, program tersebut akan dijalankan setiap minggu di kawasan tumpuan dalam daerah Tampin termasuklah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah, Gemas serta Gemencheh.

Di samping itu, bahan penerbitan Jabatan Penerangan dan juga risalah mengenai Belanjawan Negeri Sembilan 2020 dan lain-lain turut diedarkan di premis perniagaan untuk dijadikan bahan bacaan serta bahan maklumat kepada orang ramai.

-AK

Tinggalkan komen anda