Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Agensi Kerajaan Turun Padang Dekati Masyarakat

By 25 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seri Pilah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan 2020 di Balai Raya Kampung Seri Pilah, di sini, pada Khamis.

MPKK ini juga merupakan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) yang dilantik sebagai rakan strategik Jabatan Penerangan Malaysia berperanan sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat.

Mengambil pendekatan ‘Anda Musykil, Jom Datang Tanya’, persoalan masyarakat mengenai tugas dan peranan agensi kerajaan akan dijawab secara terus oleh wakil dari agensi yang dijemput.

Antara agensi yang telibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Pejabat Perikanan Daerah Kuala Pilah, Pejabat Pertanian Daerah dan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah, Ahmad Fitri Jasni, program bersemuka seperti ini harus lebih kerap diadakan agar masyarakat dapat mengenali wakil agensi dan juga dapat menyelesaikan sebarang kemusykilan dengan lebih pantas.

“Perjumpaan sebegini ini harus digunakan sebaiknya oleh masyarakat kerana inilah masanya untuk mereka mendapat maklumat dan pendedahan yang sahih dari agensi terlibat,” ujarnya yang turut bertindak sebagai moderator program ini.

Pihak MPKK turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan dan asnaf yang disampaikan oleh wakil Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah.

Turut diadakan kaunter bergerak Tabung Haji sepanjang sesi berjalan bagi kemudahan penduduk kampung membuat semakan.

-AK

Tinggalkan komen anda