
Laporan/ foto: Afnan Hakimi Ab Aziz (Marang)
MARANG, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Salah satu perkara yang membimbangkn dunia ketika ini adalah penularan virus korona, iaitu sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia.
Oleh itu, Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Marang telah mengambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti Info On Wheels (IOW) bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat.
Kali ini, IOW PMR Marang menerjah di sekitar Pasar Marang yang dipanggil ‘Hari Giliran’ oleh masyarakat setempat dan Rumah Anak- Anak Yatim Darul Falah untuk mengedarkan risalah dan memberi penerangan berkenaan Wabak Coronavirus ini.
Menurut Peniaga, Mamat Ghani 69, usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia ini sangat bagus dengan menyampaikan risalah dan penerangan secara bersemuka kepada orang awam kerana tahap kepekaan berkaitan wabak ini masih kurang khususnya di daerah Marang.
Manakala, menurut Pengetua Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah, Norina Mohamad 46, langkah-langkah bagi mengurangkan risiko jangkitan haruslah diberi perhatian khususnya penularan wabak termasuk memakai topeng penutup mulut ketika di sekolah.

Pengedaran risalah berkaitan Coronavirus kepada Pengetua Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah, Norina Mohamad
Tambahnya lagi, pihak sekolah haruslah mengambil peranan sentiasa membuat pemantauan berhubung jangkitan wabak sebagai langkah memastikan kesihatan murid sentiasa terjamin.

Edaran risalah dan penerangan diberikan kepada Penghuni Anak-Anak Yatim Darul Falah dari Sekolah Rendah dan Menengah
Selain daripada info berkenaan coronavirus, PMR Marang juga turut mengedarkan beberapa bahan penerbitan lain terbitan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) seperti poster-poster kempen larangan merokok, kempen perpaduan juga buku-buku kecil perlembagaan Malaysia.
-ii-