Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Kurangkan Risiko Dijangkiti Koronavirus

By 30 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Kemaman menjalankan aktiviti Info On Wheels (IOW) dengan mendekati masyarakat secara bersemuka dalam menyampaikan maklumat tentang bahaya dan langkah pencegahan dari dijangkiti Koronavirus (2019-nCoV).

Petugas Pejabat Penerangan Daerah Kemaman seramai lima orang yang diketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah Kemaman, Mohd Fadli Muhd Yusof ‘turun padang’ sekitar pasar raya Center Point yang terletak di Bandar Chukai Kemaman ini.

Mazlan Ismail, 65 ketika mendengar penerangan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kemaman mengenai bahaya 2019-nCoV

Mazlan Ismail, 65 ketika mendengar penerangan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kemaman mengenai bahaya 2019-nCoV

Pegawai Penerangan Daerah Kemaman, Mohd Fadli Muhd Yusof  berkata, “Hasil tinjauan kami, pengetahuan masyarakat tentang pencegahan dan bahaya virus ini dalam kalangan masyarakat yang ditemui masih rendah.”
“Kita lihat orang ramai masih lagi tidak memakai topeng muka ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar raya ini dan para peniaga juga seolah-olah tidak takut dijangkiti virus ini sedangkan mereka adalah antara golongan yang terdedah dijangkiti 2019-nCoV kerana hampir setiap hari berhadapan dengan orang ramai,” ujarnya.

“Dengan kaedah IOW ini juga, saya bersama kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman dapat menerangkan kepada orang ramai tentang bahaya virus 2019-nCoV, simptom-simptom jangkitan dan langkah pencegahan selain dari memberi penerangan mengenai e-Tunai dan PeKa B40 kepada masyarakat,” tambahnya lagi.

Edaran risalah kepada peniaga di sekitar Center Point, Bandar Chukai

Edaran risalah kepada peniaga di sekitar Center Point, Bandar Chukai

Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, Kamarudin Roslan, 55, “Aktiviti yang dijalankan oleh kakitangan  Pejabat Penerangan ini amat bagus dalam memberi kesedaran tentang bahaya 2019-nCoV. Saya secara peribadi tidak mengetahui tanda-tanda dan langkah pencegahan yang perlu diambil untuk elakkan dijangkiti penyakit ini.”

Kamarudin Roslan, 55 berharap info on wheels dapat diteruskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dalam usaha menyebarluaskan maklumat

Kamarudin Roslan, 55, berharap info on wheels dapat diteruskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dalam usaha menyebarluaskan maklumat

Mazlan Ismail, 65, pesara pula berkata, “Saya berharap orang ramai menjaga kebersihan diri dan berpesan kepada keluarga masing-masing agar penyakit ini tidak menular di daerah ini. Walaupun hanya sekadar risalah dan penerangan ringkas dari kakitangan Penerangan ini, tetapi ia amat bermakna kepada kami orang awam tentang kecaknaan agensi kerajaan dalam mencegah virus ini daripada bertapak di Kemaman,” tambahnya lagi.

Raziah Khalid, 42, peniaga berterima kasih dengan sekatan terhadap pelancong oleh kerajaan dan pemberian E-tunai kepada rakyat

Raziah Khalid, 42, peniaga berterima kasih dengan sekatan terhadap pelancong oleh kerajaan dan pemberian E-tunai kepada rakyat

Manakala menurut Raziah Khalid, 42, peniaga, “Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah menyekat kemasukan pelancong dari negara China. Berkenaan insentif pemberian RM30 e-Tunai oleh kerajaan juga merupakan inisiatif yang sangat baik,” katanya mengakhiri perbualan.

-ii-

Tinggalkan komen anda