
Laporan/ foto: Muhamad Zaini Dollah/ Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Dewan Perda Sungai Acheh menjadi tumpuan orang ramai terutamanya penduduk Sungai Acheh dan sekitarnya untuk datang ke Karnival Bakti Perkeso anjuran Perkeso dengan kerjasama Pejabat ADUN Sungai Acheh di sini pada Sabtu lalu.
Pelbagai acara menarik turut diadakan seperti sukaneka kanak kanak, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi secara percuma dan pameran dari jabatan kerajaan dan badan sukarela.
Paling mencuri tumpuan umum ialah “Free Market” ataupun Pasar Percuma melalui usahasama Gabungan NGO yang menawarkan pelbagai pakaian dan barangan dapur secara percuma kepada orang ramai.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan, Farhani Ismail, “Pejabat Penerangan turut sama menyertai program ini dengan mengadakan pameran dan menyampaikan taklimat inisiatif kerajaan berkaitan PEKA B40”, katanya.
Turut hadir ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim yang merasmi dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf yang memerlukan.
-II-