Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pendapatan Melaka Meningkat RM50.63 Juta Tahun 2019

By 6 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haniza Harun/ Nur Fariza Farnoh (Melaka)

AYER KEROH, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Jumlah Pendapatan Negeri Melaka termasuk hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil bagi tahun 2019 menunjukkan peningkatan RM50.63 juta atau 13.8 peratus iaitu sebanyak RM417 juta pada tahun 2019 berbanding sebanyak RM367 juta pada tahun 2018, ujar Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari ketika menyampaikan amanat tahun baharu 2020 sempena  Perhimpunan Perdana Kerajaan Negeri Melaka kepada kira-kira 1,000 penjawat awam bertempat di MITC sebentar tadi.WhatsApp Image 2020-01-06 at 14.37.57

Menurut Adly, “Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan defisit dan hutang awam, selain berjaya mengurangkan pendahuluan hutang kerajaan terdahulu.

“Dari segi pelaburan sehingga suku  tahun kedua, iaitu Jun 2019, jumlah keseluruhan pelaburan Kerajaan Negeri adalah RM6.24 bilion iaitu melebihi 124.8 peratus daripada sasaran pelaburan sebanyak RM5 bilion setahun.

Daripada RM6.24 bilion jumlah pelaburan yang telah diluluskan, sektor pembangunan hartanah, pelancongan dan logistik menyumbang RM5.92 bilion atau sebanyak 94.87 peratus, manakala sektor pembuatan menyumbang RM327.30 juta atau sekitar 5.13  peratus.

“Usaha mempromosi Melaka sebagai destinasi pelaburan diteruskan dengan tumpuan kepada sektor elektronik dan automotif, produk halal serta tenaga diperbaharui, aeroangkasa, minyak dan gas serta farmaseutikal.WhatsApp Image 2020-01-06 at 14.37.57 (1)

“Peningkatan penggunaan Pelabuhan Tanjung Beruas daripada 408 kapal pada tahun 2016 kepada 762 kapal yang beroperasi di pelabuhan ini dan kita sudah mulakan pelabuhan kontena di Tanjung Beruas.

Projek Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi akan diteruskan setelah Kerajaan Negeri berjaya menangani isu sempadan dengan Negeri Sembilan yang tertangguh sejak 2014 lagi,” jelas Adly.

-KN

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda