Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Karnival Bakti Perkeso Meriah

By 6 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Muhamad Zaini Dollah/ Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Dewan Perda Sungai Acheh menjadi tumpuan orang ramai terutamanya penduduk Sungai Acheh dan sekitarnya untuk datang ke Karnival Bakti Perkeso anjuran Perkeso dengan kerjasama Pejabat ADUN Sungai Acheh di sini pada Sabtu lalu.

Pelbagai acara menarik turut diadakan seperti sukaneka kanak kanak, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi secara percuma dan pameran dari jabatan kerajaan dan badan sukarela.

Pameran agensi kerajaan dan swasta

Pameran agensi kerajaan dan swasta

Paling mencuri tumpuan umum ialah “Free Market” ataupun Pasar Percuma melalui usahasama Gabungan NGO yang menawarkan pelbagai pakaian dan barangan dapur secara percuma kepada orang ramai.

"Free Market" yang menawarkan baju percuma

“Free Market” yang menawarkan baju percuma

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan, Farhani Ismail, “Pejabat Penerangan turut sama menyertai program ini dengan mengadakan pameran dan menyampaikan taklimat inisiatif kerajaan berkaitan PEKA B40”, katanya.

Sesi taklimat Peka B 40 oleh Pegawai Penerangan Daerah SPS

Sesi taklimat Peka B 40 oleh Pegawai Penerangan Daerah SPS

Turut hadir ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim yang merasmi dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

-II-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda