Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Musim Dabai Kini Tiba

By 14 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Sarawak)

SONG, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Buah dabai atau nama saintifiknya Canarium Odontophyllum dari keluarga Burseraceae merupakan sejenis buah yang popular dan menjadi pilihan penduduk Sarawak ketika ini memandangkan sekarang adalah musim buah dabai di hampir semua kawasan di seluruh negeri ini.

Dengan rasanya yang sedap, lemak dan pedar serta bersaiz lebih kurang sebesar ibu jari orang dewasa, buah dabai turut mendapat jolokan black olive ini enak dimakan bersama kicap pekat masin dan garam.

Menurut Hamzah Bohari, sekarang ini adalah musim buah dabai di seluruh Sarawak khususnya di Daerah Song.

Sebahagian daripada peniaga yang menjual buah ini di Pasar Buah Song.

Sebahagian daripada peniaga yang menjual buah ini di Pasar Buah Song.

“Buah Dabai Song menjadi pilihan kerana rasanya lebih enak dan berlemak berbanding dengan buah dabai yang didapati dari kawasan-kawasan lain dan harganya pula bermula daripada RM10.00 dan mencecah sehingga RM40.00 sekilogram berdasarkan mutu serta kualiti.

“Buah dabai turut menjadi pilihan orang di semenanjung sebagai juadah isitimewa mereka kerana buah dabai ini tidak dijual di tempat mereka dan memandangkan buah dabai ini sejenis buah yang tahan lama maka tidak sukar bagi saya untuk memenuhi permintaan rakan-rakan yang mengirimnya,” ujar kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Song ini.

Hamzah turut meninjau pasar buah di Song dan mendapati jumlah penjualan buah dabai meningkat dari sehari ke sehari.

Dabai mendapat permintaan tinggi terutamanya dalam kalangan pelancong.

Dabai mendapat permintaan tinggi terutamanya dalam kalangan pelancong.

“Para petani dan peniaga buah dabai mengambil kesempatan menjual buah ini memandangkan dabai sering mendapat tempat di hati pengunjung apabila tiba musimnya dan secara langsung hasil jualan ini memberikan pulangan pendapatan yang baik kepada peniaga dan juga petani,” ujarnya lagi.

Buah dabai bukan sahaja diniagakan di Pasar Buah Song malahan turut dieksport ke seluruh tempat di Sarawak khususnya ke Sibu, Kanowit, Mukah, Kuching, Bintulu, Miri dan banyak lagi tempat lain.

Cara penyediaan buah dabai juga amat mudah iaitu dengan merendam buah dabai ke dalam air panas dan dibiarkan selama 5 atau 10 minit untuk memastikan buah tersebut lembut dan sesuai untuk dimakan.

-SH

Tinggalkan komen anda