
Laporan/foto : Musliha Yusof/Muhammad Shah Hood (Johor Bahru)
MUAR, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Masyarakat pada hari ini mampu membina ikatan perpaduan yang kukuh melalui program berbentuk hiburan yang santai, menyeronokkan serta berinformatif.
Konsert The Red Lantern 2020 yang menggabungkan tradisi masyarakat negara ini telah berlangsung pada malam semalam bermula jam 8.30 malam dengan menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti Datuk Awie, Shila Hamzah, Siti Nordiana, Zhuang Xue Zhoing, Kexin, Jeryl Lee, Masya Masitah dan lain-lain.
Turut disajikan persembahan tarian naga dengan iringan paluan gendang daripada Kumpulan Drum Tradisional Tang Gu.
Di antara pengunjung yang sempat ditemui, Wong Ting Sang, 71, yang turut ditemani isterinya, Amily Ang, 65, mengetahui mengenai program ini sejak seminggu lalu melalui laman media sosial facebook.
“Acara hiburan sebegini perlu diadakan di bandar ini kerana ia merupakan antara tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga.
“Saya yakin masyarakat di sini berasa teruja serta terhibur dengan aktiviti sebegini yang secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana harmoni dikalangan masyarakat majmuk,” ujarnya lagi.
Manakala Hasrina Subhanordin, 26, menganggap bahawa acara hiburan sebegini merupakan salah satu medium yang tepat untuk membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di sini.
“Diharap pada masa akan datang hebahan tentang program seumpama ini dapat dibuat dengan lebih meluas lagi menggunakan semua platform yang ada.

Wong Vo Tong bersama ibunya berharap agar pihak penganjur lebih prihatin dalam menyediakan kerusi bagi warga emas.
“Saya sebenarnya tidak mengetahui tentang Konsert Red Lantern yang diadakan pada malam ini dan secara kebetulan saya datang beriadah di sini, jadi bolehlah saya menyaksikan konsert ini,” tambahnya lagi.
Penduduk tempatan yang berasal dari Bakri, Wong Vo Tong, 30, berasa amat teruja dengan penganjuran program sebegini dan turut membawa ibunya, Chee Fah Ying, 70.
“Saya mendapat tahu mengenai program ini melalui saluran radio AiFM dan sebenarnya masyarakat di sini amat dahagakan program berbentuk hiburan seperti ini.

Jabatan Penerangan Negeri Johor turut mengambil peluang mengedarkan risalah informasi mengenai kerajaan kepada orang ramai.
“Saya juga berharap agar pihak penganjur lebih prihatin dalam menyediakan kerusi bagi warga emas untuk duduk menyaksikan persembahan,” katanya.
Manakala Jabatan Penerangan Negeri Johor turut mengambil inisiatif dalam mengedarkan risalah mengenai dasar kerajaan dan kalender tahun 2020 kepada orang ramai yang hadir.
Konsert ini begitu meriah dengan menampilkan imej “Tanglung Merah” yang menjadi simbolik kepada kemeriahan dan kemewahan seterusnya membawa makna tenaga positif kepada seluruh masyarakat.
Kehadiran masyarakat yang memenuhi Dataran Emas, Muar dapat membuktikan bahawa lagu dan muzik adalah merupakan saluran artistik yang membantu proses membentuk hubungan antara kaum.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi Dan Multimedia Ir Zulkifli Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Liow Cai Tung, Pegawai Daerah Muar Hafiz Ahmad dan Ketua Pengarah Penyiaran Nor Yahati Awang.
-NI-