Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada

By 6 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)/IPD Daerah Rembau

REMBAU, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Dalam mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan Pejabat Pendidikan Daerah dan seluruh sekolah di Daerah Rembau, program “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” telah dilaksanakan di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Undang Rembau melibatkan 67 orang Pegawai Perhubungan Sekolah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau dan ianya juga diadakan serentak di 39 buah sekolah di daerah ini.

Program tersebut diadakan untuk membantu mencegah salah laku disiplin pelajar sekolah serta menasihati kepada pelajar agar tidak terlibat dengan gejala tidak bermoral dan menyalahi undang-undang sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

WhatsApp Image 2020-01-05 at 12.06.03

Ketua Polis Daerah Rembau meluangkan masa menghadiri program.

Menurut salah seorang pelajar SMK Undang Rembau Arina Ahmad, program sebegini amat baik kepada pelajar sekolah yang mana mereka dapat mengetahui dengan lebih dekat tugas-tugas polis melalui ceramah yang diberikan.

“Kami juga mendapat mengambil iktibar yang berguna agar tidak melakukan sebarang kesalahan atau menyalahi undang-undang walaupun kecil kerana akan memberikan kesan yang tidak baik kepada kami sebagai seorang pelajar sekolah,” ujarnya.

Di samping itu, sambutan daripada pihak pengurusan sekolah terhadap program ini juga amat baik dan memberangsangkan serta ianya diharap dapat menjadi program yang melahirkan modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Turut hadir ke SMK Undang Rembau adalah Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam.

-AK

Tinggalkan komen anda