Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Terap Keharmonian dan Perpaduan dalam Sambutan Perayaan

By 6 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

JASIN, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Penglibatan semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa yang meraikan sambutan Perayaan Krismas baru-baru ini bertempat di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Bemban telah membuktikan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat.WhatsApp Image 2020-01-04 at 15.10.20

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kesidang yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Allex Seah Shoo Chin, “Saya rasa gembira kerana di Malaysia,  rakyat pelbagai anutan agama masih meneruskan tradisi perkongsian dan keprihatinan yang diamalkan selama ini dalam menyambut perayaan walaupun wujud pelbagai kepercayaan, namun sikap toleransi, perpaduan dan kerjasama antara kaum di negara dan negeri ini masih kukuh bagi membolehkan kita merayakan sesuatu perayaan  dengan penuh kegembiraan tanpa perlu berasa bimbang.”

Ujarnya lagi, rakyat di negara ini beruntung kerana kerajaan sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat, kestabilan politik dan ekonomi terus diperkukuh berbanding rakyat di negara lain yang terpaksa menghadapi pelbagai konflik dalaman termasuk perang saudara, serangan kuasa besar, kemiskinan, kebuluran, gempa bumi dan ketidakstabilan politik,” katanya ketika merasmikan program tersebut.WhatsApp Image 2020-01-04 at 15.11.08

Manakala kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Bemban, Wong Fort Pin, “Besarlah harapan saya, agar program sebegini akan dapat terus mengukuhkan perpaduan bagi membina kekuatan dalam usaha memajukan negara dan negeri ini di bawah pentadbiran kerajaan yang baharu terutama dalam suasana kita menyambut Hari Krismas,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan majlis penyampaian sumbangan kepada Pusat Jagaan Orang Tua Berkat Jasin, True House Victory Sdn Bhd dan sumbangan kepada Glorious Life Assembly, Jasin Gospel Hall , 1st Muar Company The Boys’ Brigade In Malaysia dan seluruh gereja di DUN Bemban.

-KN

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda