Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sambutan Serentak Tahun Melawat Johor 2020 Di Seluruh Negeri Johor

By 2 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 2 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 160 orang pelancong dari Korea disambut dengan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada hari pertama Tahun Melawat Johor 2020.

Ketibaan mereka disambut dengan paluan gendang dan tarian kebudayaan Yayasan Warisan Johor serta maskot Tahun Melawat Johor 2020, ‘Joh’ yang menceriakan kanak-kanak selepas penerbangan yang jauh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung, berkata sambutan seperti ini diadakan serentak pada 1 Januari 2020 di 14 buah pintu masuk seluruh negeri Johor .

“Pada hari ini, kami menyambut 160 orang pelancong dari Korea dan untuk makluman, syarikat penerbangan yang membawa mereka dari Korea, Jin Air telah menambah frekuensi penerbangan dari Senai ke Incheon sebanyak 14 kali seminggu.

Ketibaan pelancong diserikan dengan kehadiran maskot Tahun Melawat Johor, 'Joh'.

Ketibaan pelancong diserikan dengan kehadiran maskot Tahun Melawat Johor, ‘Joh’.

Ini menunjukkan peningkatan kehadiran pelancong dari Korea ke negeri Johor dan jika berterusan, sasaran kehadiran pelancong seramai 18.4 juta ke negeri Johor pada tahun ini mampu dicapai,” katanya ketika ditemui selepas Program Sambutan Ketibaan Pelancong Bersama Menteri Besar Johor, di sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk A Rahim Nin.

Di Johor Bahru, sambutan serupa telah diadakan di Balai Berlepas Terminal Pontun, Berjaya Waterfront Johor Bahru.

Kira-kira 100 orang pelancong tiba dengan menaiki dua buah feri dari Batam dan Tanjung Pinang, Indonesia dan ketibaan mereka disambut oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru, Ungku Mohd Zafrin Ku Mohd Zaman dan Pengurus Besar Berjaya Waterfront Johor Bahru, Roslin Nikmat.

Tarian Kebudayaan Yayasan Warisan Johor diadakan serentak di semua 14 lokasi sambutan Tahun Melawat Johor 2020 seluruh negeri Johor.

Tarian Kebudayaan Yayasan Warisan Johor diadakan serentak di semua 14 lokasi sambutan Tahun Melawat Johor 2020 seluruh negeri Johor.

Tourism Johor dalam kenyataannya memaklumkan, kedudukan negeri Johor yang strategik dan mempunyai jaringan perhubungan laluan darat, udara dan laut menjadikannya mudah diakses untuk pelancong.

Justeru itu, pintu-pintu masuk ini memberikan peranan penting dalam memberi tanggapan pertama yang baik kepada pelancong yang datang.

-NI-

Tinggalkan komen anda