Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

53 Kes Pelajar Dijangkiti Influenza A Di Pulau Pinang

By 11 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Nurazreen Bt Abd Rahman/ Salawati Bt Md Shariff (Seberang Perai Utara)

BUTTERWORTH, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Influenza merupakan jangkitan virus dengan gejala utama seperti demam selesema, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan. Oleh itu, penularan menjadi lebih mudah berlaku di tempat-tempat yang padat seperti sekolah, asrama, tempat kerja tertutup, institusi latihan, serta kem-kem tentera atau polis.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad, peningkatan kes virus Influenza A yang melibatkan pelajar di Pulau Pinang semakin meningkat dari 19 kes pada hari sebelumnya kepada 53 kes pada 9 Januari 2020. Pertambahan kes itu melibatkan 17 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah menengah. Dalam pada itu, Daerah Seberang Perai Utara telah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 27 kes yang dilapor, diikuti Seberang Perai Tengah, 6 kes, Daerah Timur Laut, 10 kes, Barat Daya, 2 kes dan di Daerah Seberang Perai Selatan dengan 8 kes yang telah dikenal pasti Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.

Ekoran dari penularan kes ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk menutup dua kelas Tahun 2 di Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina SJK Li Hwa, selama 11 hari bermula 8 Januari 2020 sehingga 19 Januari 2020. Kelas berkenaan akan dibuka semula pada 20 Januari 2020.

2 Kelas Tahun 2 di SJKC Li Hwa ditutup selama 11 hari

2 Kelas Tahun 2 di SJKC Li Hwa ditutup selama 11 hari

Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi. Amalan untuk kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau turut digalakkan selain dari mempraktikkan adab batuk yang baik serta cara hidup sihat bagi mencegah penularan virus ini.

Kaedah pencegahan daripada virus ini berjangkit

Kaedah pencegahan daripada virus ini berjangkit

Bagi pesakit yang telah mempunyai gejala jangkitan influenza pula, mereka disarankan untuk berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan virus tersebut.

Golongan berisiko tinggi

Golongan berisiko tinggi

 

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim ini hanya menyebabkan demam selesema ringan kepada orang biasa tetapi boleh mengakibatkan jangkitan yang teruk terhadap kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

-II-

 

Tinggalkan komen anda