Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sasaran 1300 Peserta Kolokium Keagungan al-Quran Sarawak

By 20 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Dijangka seramai 1300 peserta bakal menyertai Kolokium Keagungan al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun yang akan diadakan pada 5 hingga 6 Februari nanti.

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, objektif kolokium ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang keagungan al-Quran dan manfaatnya kepada manusia, dengan tema “Ummah Gemilang”.

“Program Kolokium al-Quran ini dilakukan bersempena Majlis Tilawah & Mengahafaz al-Quran Peringkat Negeri Sarawak bagi Tahun 1414H/2020M.

“Majlis perasmian bakal dirasmikan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg manakala majlis penangguhan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) dan Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Kolokium Keagungan al-Quran Peringkat Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Antara pembentang yang terlibat dalam kolokium tersebut Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Prof. Emeritus Datuk Paduka Mahmood Zuhdi Ab Majid, Mufti Negeri Sarawak Datuk Kipli Yassin, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Datuk Prof. Dr Azizan Baharudin dan Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang Dr Mahyuddin Ismail.

Turut diadakan sempena kolokium tersebut Forum Ehwal Islam pada sebelah malam 5 Februari.

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda