Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Warga Emas Sentiasa Di Hati Kerajaan

By 8 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Nurazreen Bt Abd Rahman/ Hj Zanizal Bin Zamani (Seberang Prai Utara)

KEPALA BATAS, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Sebagai menghargai warga emas di negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri telah memperkenalkan satu inisiatif bantuan  iaitu Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) yang bermula sejak tahun 2010. Kategori warga emas ditakrifkan adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan ianya adalah berpandukan “World Assembly On Ageing 1982” yang diadakan di Vienna.

Program penghargaan warga emas kerajaan negeri Pulau Pinang ini telah diperkenalkan bertujuan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan  penghormatan kepada semua warga emas tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Individu berusia 60 tahun ke atas layak untuk menerima sumbangan tersebut dan sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian mereka yang merupakan salah satu iltizam untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri maju, pintar dan hijau dengan menitikberatkan kesejahteraan dan kemakmuran warga Pulau Pinang.

Temubual bersama penerima bantuan, Tan Ann Boon

Temubual bersama penerima bantuan, Tan Ann Boon

Dalam pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2020 bertemakan  “Penang 2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama”, kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat, terutamanya buat golongan yang kurang berkemampuan. Sasaran pada tahun 2020 ialah, program kebajikan iSejahtera akan diteruskan dengan sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi tujuan ini. Kerajaan negeri juga bersetuju meluluskan kenaikan bayaran bagi warga emas daripada RM130.00 setahun kepada RM150.00. Kenaikan ini dijangka akan memberi manfaat kepada 178,000 warga emas di negeri ini, melibatkan peruntukan sebanyak RM26.7 juta dengan kenaikan sebanyak RM3.56 juta berbanding tahun lepas.

Menurut Kalsom Binti Osman, 67, berasal dari Permatang Bogak, Penaga memberitahu beliau telah menerima bantuan ini sejak mula ia diperkenalkan dan berharap bantuan ini diteruskan kerana bantuan ini dapat membantu meringankan kos perbelanjaan walaupun nilainya tidaklah seberapa. “Terima kasih kepada YB dan kerajaan kerana memberikan bantuan ini,” ujarnya lagi.

Kalsom Binti Osman, 67 antara penerima bantuan

Kalsom Binti Osman, 67 antara penerima bantuan

Bagi Tan Ann Boon, 64 dari Bertam pula berkata, beliau amat berterima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah SPU kerana memberi penerangan mengenai bantuan ini.

Pemohon yang layak dan masih belum membuat pendaftaran boleh  hadir ke Pejabat Daerah ataupun Pusat Khidmat ADUN atau Parlimen kawasan masing-masing atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Tingkat 46, KOMTAR untuk mengemaskini pendaftaran bagi membolehkan program-program i-sejahtera ini dilaksanakan dengan jayanya.

-II-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda