Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurMAPahang

Info On Wheels: Menyampai Maklumat Sahih di Pasar Malam Beserah

By 3 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Muhammad Hafiz Bin Khairon/ Haslee b Wahab (Kuantan) 

KUANTAN, 3 Feb (Malaysiaaktif)
Isu Novel Coronavirus terus diperkatakan masyarakat dunia dan tempatan dan kebimbangan berkenaan wabak tersebut turut melanda negara ini. Pelbagai maklumat yang diterima masyarakat dari media sosial mencetus pelbagai persoalan dan pertanyaan tentang bahaya wabak ini.

Zulkifli  mengedarkan risalah –risalah kepada peniaga-peniaga di pasar Malam Beserah.

Zulkifli mengedarkan risalah –risalah kepada peniaga-peniaga di pasar Malam Beserah.

Pejabat Penerangan daerah Kuantan bersama Zulkifli Bin Mohamed, Penyelaras DUN Beserah dan Pengerusi Amanah Negeri Pahang dan Pengarah Penerangan Pahang, Mohd Salmun b Mustafa bersama Komuniti Harapan Malaysia Cherating mengedarkan risalah-risalah langkah-langkah mencegah penularan wabak Novel Coronavirus (2019 nCoV) di pasar malam Beserah dan menerangkan tentang kesahihan berita semasa kepada penduduk setempat.

“Kaedah penyampaian bersemuka yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan adalah satu kaedah yang sangat baik dan di samping menyampaikan maklumat, ia juga dapat menjadi platform untuk menyantuni serta mendengar keluhan masyarakat sini,” ujar Zulkifli b Mohamed semasa mengedarkan risalah-risalah kepada pengunjung.

Pengunjung bertanya kepada Haszlee tentang wabak nCoV.

Pengunjung bertanya kepada Haszlee tentang wabak nCoV.

Penerangan secara bersemuka daripada wakil pemimpin-pemimpin tempatan sedikit sebanyak dapat meredakan keresahan penduduk setempat dan penerimaan yang baik ini memberi kesedaran tentang wabak baru ini.

-KN

Tinggalkan komen anda