Skip to main content
Berita TengahHomePutrajaya

Sabah Komited Perkasa Pelancongan Domestik

By 3 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 3 Feb (Malaysiaaktif) –┬áKerajaan Sabah akan terus memberi tumpuan memperkasa pelancongan domestik kerana negeri ini turut menjadi┬ádestinasi pelancongan pilihan kepada pelancong tempatan dari Semenanjung dan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini termasuk mempergiatkan promosi selain memastikan pakej pelancongan ditawarkan penggiat industri tersebut mampu menarik lebih ramai kehadiran pelancong domestik untuk berkunjung ke pelbagai destinasi istimewa di Sabah.

Mohd Shafie berkata langkah ini penting dalam memastikan sektor pelancongan Sabah, yang menjadi antara penyumbang terbesar dalam pembangunan ekonomi negeri, terus berkembang maju dan dipacu secara lebih mampan.

“Saya telah menyatakan perkara ini kepada Datuk Christina Liew (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah) supaya meningkatkan kapasiti pelancong domestik, tarik lebih ramai pelancong tempatan yang masih belum melihat keindahan pulau-pulau (terdapat di Sabah),ÔÇŁ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Electronic Planning Permission di sini, semalam.

Mohd Shafie berkata rangka mempromosi pelancongan Sabah di peringkat antarabangsa terutama di negara Eropah yang telah dimulakan pada tahun lepas juga akan terus dipergiatkan pada tahun ini dengan memilih Rusia sebagai lokasi permulaan, selepas melihat respons positif kemasukan pelancong dari Istanbul dan Jerman.

“Sebelum ini, kami┬ámengambil inisiatif (mempromosi pelancongan Sabah) ke United Kingdom, Jerman, Istanbul dan Australia. Saya telah berbincang dengan syarikat penerbangan AirAsia supaya membawa pelancong dari Australia dan New Zealand datang ke Sabah tahun ini,” katanya.

Di samping itu, katanya, kerajaan Sabah juga mahu pusat konservasi seperti Imbak Canyon dan Lembah Danum menjadi destinasi tarikan kepada para saintis dan penyelidik untuk melakukan kajian ke arah mempelbagaikan lagi sektor pelancongan negeri.

“Ini penting kerana dalam kita memacu ekonomi, kita tidak boleh hanya terlalu bergantung kepada satu (sumber sahaja). Kami┬ámahu pembangunan ekonomi sentiasa mampan,” jelasnya.

–┬áBERNAMA

Tinggalkan komen anda