Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pastikan Benar Baru Viral

By 3 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan /Foto : Suhaimi Nik Wil (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Tidak sesiapa pun menduga di era teknologi maklumat ini, penularan dan penyebaran sebarang maklumat berlaku amat pantas dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat dari sumber yang diiktiraf oleh kerajaan sebelum menyebarkannya.

Facebook,Twitter,instagram dan whatsapp adalah antara media sosial yang paling popular digunakan oleh rakyat Malaysia bagi menyebarkan sebarang maklumat dan berita sama ada berkaitan dengan ekonomi, sosial, politik dan sebagainya untuk pengetahuan umum.

Seorang Guru Anizan Yusoff, 54, berkata kemajuan dunia teknologi maklumat hari ini hendaklah digunakan ke arah yang mendatangkan faedah bukan sebaliknya. Kita seharusnya menggunakan setiap aplikasi dalam media sosial yang ada pada “Smartphone” kearah kebaikan.
“Kecanggihan teknologi dalam dunia komunikasi pada hari ini seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk kesejahteraan masyarakat”katanya.

“Setiap maklumat yang kita terima melalui media sosial harus diteliti terlebih dahulu serta cuba merujuk maklumat tersebut daripada pihak yang berwajib agar maklumat yang kita sebarkan itu tidak menggugat ketenteraman awam,”katanya lagi.

Bagi Pengerusi MPKKP mukim Pasir Kelang, Abdul Rasid Ismail, 48, pula merasakan rakyat Malaysia seharusnya berhati-hati agar tidak sewenangnya meyebarkan maklumat yang palsu menerusi media sosial kepada orang ramai.

“Kita perlu bertanggung jawab ke atas setiap maklumat yang disalurkan, jangan kerana maklumat yang kita sebar orang ramai menjadi kecoh dan kehidupan masyarakat menjadi huru hara dan porak peranda, pastikan maklumat yang diterima tepat dan sahih sebelum ianya diviralkan melalui media sosial,”katanya.

“Usahlah kita menjadi penyumbang kepada terjejasnya kerharmonian negara yang dinikmati selama ini hasil dari tangan kita yang menularkan maklumat serta berita palsu melalui laman maya,”katanya lagi.

“Negara Malaysia yang merdeka ini perlu dipertahankan untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Sayangilah negara ini seadanya pastikan terus aman makmur buat selama-lamanya.”ujarnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda