Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kedudukan Malaysia Lebih Baik Dalam Indeks Demokrasi, Ranking ke-43

By 4 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Malaysia┬átelah memperbaiki kedudukan dalam Indeks Demokrasi selepas berada di tempat┬áke-43 tahun lepas┬áberbanding┬áke-52 pada 2018┬ádaripada 167 negara yang dinilai.

Menurut laporan Indeks Demokrasi 2019 yang dikeluarkan Unit Perisikan Ekonomi (EIU), Malaysia mencatat 7.16 daripada skor atau markah maksimum 10, skor yang paling baik setakat ini.

Malaysia mendapat skor yang baik untuk proses pilihan raya dan pluralisme, fungsi kerajaan dan penyertaan dalam politik, serta budaya politik.

“Sejak dimulakan┬ápada tahun 2006, Indeks Demokrasi telah menekankan kemerosotan progresif dalam amalan demokrasi di Barat,” kata laporan itu sambil menambah bahawa AS diturunkan daripada “demokrasi penuh” kepada “demokrasi pincang” pada tahun 2016.

Laporan itu turut memetik┬áseorang sarjana demokrasi terkenal sebagai berkata┬ádunia telah melalui “kemelesetan demokrasi” dengan trend ke arah autoritarianisme di negara membangun.

Malaysia telah melangkah jauh sejak indeks itu bermula pada tahun 2006 apabila ia mencatatkan 5.98 mata, diikuti oleh 6.36 (2008), 6.19 (2010, 2011), 6.41 (2012), 6.49 (2013, 2014), 6.43 (2015), 6.54 (2016, 2017) dan 6.88 (2018).

“Sebaliknya, Malaysia, yang memansuhkan┬áundang-undang ‘berita palsu’ pada Ogos 2018 (yang diperkenalkan┬ápada bulan Mac tahun itu), mencatatkan peningkatan┬ádemokrasi┬ápada 2019.

“Skornya bertambah baik dan negara naik sembilan tangga┬ádi peringkat┬áglobal dengan peluang berkempen untuk semua parti, termasuk pembangkang, bertambah baik┬áterutama dalam media sosial,ÔÇŁ┬ámenurut┬álaporan itu.

Indeks Demokrasi berdasarkan penarafan untuk 60 indikator dan lima kategori termasuk proses pemilihan dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan dalam politik dan budaya politik.

Negara dengan skor lebih tinggi daripada lapan berada dalam kategori demokrasi penuh; enam dan lapan (demokrasi pincang); empat hingga enam (rejim campuran) dan bawah empat (rejim autoritarian).

Norway, Iceland, Sweden, New Zealand dan Ireland dalam kategori demokrasi penuh manakala Syria, Republik Afrika Tengah, Congo dan Korea Utara dalam kategori rejim autoritarian.

Thailand mencatatkan peningkatan terbesar apabila melonjak┬á38 anak tangga ke kedudukan┬á68 dan bertukar┬ádari kategori “rejim campuran” kepada┬ákategori “demokrasi pincang”.

Menariknya, kajian itu juga menunjukkan bahawa hampir separuh (48.4 peratus) populasi dunia hidup dalam demokrasi seumpama itu, dengan hanya 5.7 peratus┬áberada┬ádalam kategori “demokrasi penuh” dan lebih daripada satu pertiga di bawah pemerintahan autoritarian.

Daripada 167 negara dalam indeks itu, 22 berada dalam kategori demokrasi penuh, demokrasi pincang (54), rejim campuran (37) dan rejim autoritarian (54).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda