Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Tangani Berita Palsu – Shamsul Iskandar

By 3 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mastika Hablum (Jasin)

JASIN, 3 Feb (Malaysiaaktif)Info On Wheels atau singkatannya IOW merupakan produk terbaharu Jabatan Penerangan Malaysia beri kemudahan kepada rakyat terutama dalam penyaluran maklumat sahih terus kepada masyarakat dalam suatu majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri Rim, semalam.

Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi sumbangan Tahun Baru Cina kepada Warga Emas.

Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi sumbangan Tahun Baru Cina kepada Warga Emas.

IOW secara amnya bertujuan memberi maklumat terkini tentang keadaan semasa baik dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan mahupun isu terkini supaya masyarakat dapat memahaminya secara lebih mendalam.

Menurut Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar dalam ucapannya berkata “penyaluran maklumat sahih pada masa ini agak terhad memandangkan terlalu banyak berita palsu yang perlu ditangani oleh masyarakat moden kini di media sosial.

“Namun begitu, pendekatan Pusat Maklumat Rakyat Jasin pada malam ini yang mengedarkan risalah mengenai wabak Novel CoronaVirus 2019 nCov dan menyampaikan terus kepada akar umbi harus dibanggakan,” ujarnya.

Booth pameran IOW Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Jasin turut disantuni oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang turut yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Booth pameran IOW Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Jasin turut disantuni oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang turut yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Shamsul yang juga Penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim telah menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada mereka yang memerlukan dan turut memberikan ang pau kepada jemputan sambil mengedarkan risalah wabak.

Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Kampung Baru Parit Keliling dihadiri 300 jemputan berbilang kaum, pemimpin masyarakat serta seluruh warga kampung.

-KN

Tinggalkan komen anda