
PUTRAJAYA, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Proses saringan kesihatanĀ akan tetap diteruskan di balai ketibaanĀ Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL)) meskipun kesemua perkhidmatanĀ penerbangan terus komersial antara negara China dan Pulau Langkawi digantung sementara waktu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, saringan diteruskan bagi mana-mana penumpang dan anak kapal dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).
Katanya, beliau berkesempatan melihatĀ sendiri langkah kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan dalam menangani jangkitan novel koronavirus 2019Ā (2019-nCoV) di dua PMA iaitu LTALĀ dan Pelabuhan Jeti Kuah, Pulau Langkawi.
āDalam tempoh 25 hingga 31 Januari,Ā sejumlah 6,539 penumpang dan anak kapal daripada pelbagai destinasi antarabangsa telah tiba melalui PMA LTAL, manakala 3,082 melalui PMA Jeti Kuah,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain dua PMA itu, terdapat empat lagi PMA diĀ Kedah iaitu Bukit Kayu Hitam, Pelabuhan Dermaga Tanjung Lembung, Pelabuhan Telaga Harbour Park dan Kota Putra di Durian Burung.
Dr Noor Hisham berkataĀ sejak awal Januari tahun ini, kesemua PMA di negara iniĀ telah memperkukuhkan aktiviti saringan kesihatan dan kerjasama baik antara Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi berkaitan juga membolehkanĀ pengesanan pantas pengembara yang mempunyai gejala.
Jelas beliau, sebarang kes yang disyaki koronavirus akan dinotifikasi kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) Kebangsaan dan dirujukĀ kepada hospital kerajaan yang dikenal pasti, manakala bagi yang tidak bergejala akan dibekalkan dengan āHealth Alert Cardā sebelum meneruskan perjalanan.
Kenyataan itu memaklumkan selain saringan kesihatan, aktiviti disinfeksi di PMA bagi mencegah dan mengawal penularan jangkitan juga dilaksanakan dan dipantau oleh pasukan kesihatan.
āTerima kasih diucapkan kepada semua petugas barisan hadapan termasuk staf pembersihan yang bersiap sedia melaksanakan tugas walaupun seringkali ia tidak jelas di mata masyarakat umum,ā tambahnya.
Dr Noor Hisham turut meminta semua pihak untukĀ memberikan kerjasama kepada pihak kesihatan dan agensi-agensi terlibat demi memastikan kesihatan awam dan keselamatan negara terpelihara.
— BERNAMA