Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kempen Pencegahan Penularan 2019-nCoV Tetap Diteruskan

By 9 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sarah Abdul Halim/Mahrani Mohamad (Kulim)

KULIM, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengembeleng tenaga bersama Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia dalam memastikan seluruh rakyat menerima maklumat pencegahan serta langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko dijangkiti 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV).

Menurut petugas Kesihatan Daerah Kulim, Khairil Ahmad, 38, berkata pihak Jabatan Kesihatan sedang giat berusaha mengekang penularan wabak ini sebaik mungkin.

“Kami sedang cuba menangani virus ini sehabis baik termasuk mengerah kakitangan kesihatan di kawasan tumpuan pelancong dan rumah terbuka perayaan terutama pada musim cuti sekolah.

“Masyarakat lebih mudah terdedah dan berisiko tinggi jika kurangnya pengetahuan tentang langkah-langkah pencegahan yang perlu dilakukan ketika berada di tempat orang ramai,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kedah 2020, di sini semalam.

Pengunjung turut diedarkan risalah wabak 2019-nCoV oleh JaPen.

Pengunjung turut diedarkan risalah wabak 2019-nCoV oleh JaPen.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam merangkap Pegerusi Jawatankuasa Majlis Ooi Tze Min, menjelaskan negara turut terkesan dengan penularan wabak ini.

“Tahun 2020 adalah dugaan terbesar buat satu dunia dengan wabak Novel Koronavirus yang menyebabkan semakin hari semakin bertambah angka kematian dan kita sebagai rakyat Malaysia turut terkesan dengan apa yang berlaku.

“Namun begitu sambutan perayaan tetap diteruskan dan saya menyeru agar semua lapisan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga dan saling menjaga kesihatan diri,” katanya ketika berucap sempena majlis.

JaPen dan Jabatan Kesihatan telah mengambil inisiatif melaksanakan penyampaian maklumat langkah pencegahan dengan mengedarkan risalah berkaitan dan kempen kesedaran menggunakan pencuci tangan kepada orang awam sepanjang program berlangsung.

-SH

Tinggalkan komen anda