Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kempen Pencegahan Virus Corona Dipergiatkan

By 6 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

MELAKA, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Gerak Gempur Kempen Pencegahan virus Corona akan terus dipergiatkan dengan memberi input-input kesedaran kepada masyarakat berkaitan virus ini.

Mohd Noor Samion memberi taklimat berkaitan virus Corona.

Mohd Noor Samion memberi taklimat berkaitan virus Corona.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Samion, melalui Info On Wheels, Jabatan Penerangan Malaysia akan menyusur hingga ke akar umbi memberi penerangan berkaitan virus Corona.

“Sekolah, tempat tumpuan pelancong, pasar malam, dan Komuniti Harapan Malaysia akan digerakkan di setiap daerah bagi menjelaskan isu ini supaya rakyat benar-benar faham dan tidak panik.

“Cabaran media sosial juga diambil perhatian kerana berita palsu kini makin menular bagi mencetus rasa cemas dikalangan masyarakat. Rakyat disaran mendapatkan maklumat sahih hanya dari kenyataan yang dibuat oleh agensi kerajaan.

“Kerajaan sentiasa mengambil serius berkaitan isu virus Corona dan telah menjalankan pelbagai pendekatan bagi menyekat penularannya, sebagai rakyat kita perlu memberi kerjasama serta mengambil berat berkaitan kesihatan diri dan keluarga,” katanya.IMG-20200206-WA0007

-KN

Tinggalkan komen anda