Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Lebih RM70,000 Disumbangkan kepada Pelbagai Persatuan di Kulim Bandar Baharu

By 15 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Abdul Halim/Hasnol Hadi Hashim (Kulim)/Norhayani Hashim (Kuala Muda)

KULIM, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM70,800 disumbangkan dan diagihkan kepada pelbagai persatuan serta golongan yang memerlukan di sekitar kawasan Kulim Bandar Baharu.

Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kebajikan rakyat merupakan keutamaan kerajaan untuk dibantu.

“Kerajaan akan terus membantu supaya setiap rakyat yang layak dapat menerima sumbangan yang disalurkan tanpa mengira kepentingan politik, bangsa dan agama,” jelasnya ketika merasmikan Program Erat Rahmah dan Santuni Insan Sejahtera, di sini kelmarin.

Saifuddin berkata seramai 150 warga asnaf dipilih bagi menerima sumbangan zakat malah 60 warga miskin terdiri daripada golongan bukan Muslim turut menerima sumbangan ini.

Antara penerima-penerima bantuan di Sungai Petani yang diraikan, semalam.

Antara penerima-penerima bantuan di Sungai Petani yang diraikan, semalam.

“Tahniah dan terima kasih kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana memilih masyarakat kawasan ini sebagai penerima projek sumbangan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Kita turut membantu sekolah-sekolah tahfiz dan surau-surau setempat bagi penyelenggaraan dan penaiktarafan fasiliti,” katanya lagi.

Seorang penerima, Izzati Abdullah, 38, amat berbesar hati dipilih sebagai penerima sumbangan.

“Terima kasih atas bantuan ini dan berharap pihak kerajaan dan swasta akan teruskan kerja amal ini dalam membantu sosial ekonomi rakyat terutamanya golongan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan besar dan kurang berkemampuan,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Saifuddin turut menyampaikan bantuan kepada 140 penduduk di Sungai Petani terdiri daripada golongan sakit, miskin, pesakit terlantar serta golongan kelainan upaya (OKU).

“Seramai 105 orang penerima muslim menerima peruntukan zakat korporat daripada SSM manakala seramai 35 orang dipilih daripada kalangan bukan Islam untuk menerima bantuan ini,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda