Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Program IOW Langkah Tepat Kerajaan Perbetul Tanggapan Salah Masyarakat

By 15 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan

PASIR MAS, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Langkah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Jabatan Penerangan yang mewujudkan program Info On Wheel (IOW) di seluruh negara disifatkan sebagai langkah tepat kerajaan untuk memperbetul tanggapan salah masyarakat terhadap sesuatu isu.

TimbalanMenteri KKMM Datuk Eddin Syazlee Shith, berkata jika tidak, masyarakat yang kini lebih terdedah kepada kecanggihan teknologi seperti Internet, akan terus mempercayai bulat-bulat berita yang mereka terima tanpa menyelidiknya terlebih dahulu.

“IOW inis platform terbaik untuk kita (kerajaan) memperjelaskan mengenai salah tanggapan itu kerana penerangan terus akan dapat diberikan kepada rakyat.

“Jika tidak, mereka akan mempercayai perkara yang tidak benar dan akhirnya akan merugikan negara dan ini yang rakyat kena tahu,” katanya dalam Program IOW di pekan Rantau Panjang di sini sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Kelantan yang bermula hari ini.

“Eddin berkata antara isu yang perlu rakyat fahami dengan jelas ialah mengenai e-Tunai Rakyat, mySalam serta PEKA B40, dan terbaharu adalah wabak Covid-19 yang meresahkan rakyat sekiranya mereka tidak mendapat maklumat tepat.

Beliau berkata pemilihan lokasi Rantau Panjang, yang merupakan Zon Bebas Cukai terkenal di Kelantan, adalah tepat kerana ia merupakan kawasan sempadan antara Malaysia dan Thailand.

“Ini kawasan yang sangat tepat dipilih dan saya berharap rakyat yang singgah di sini dapat datang untuk mendapatkan penerangan mengenai isu yang mereka mahu bangkitkan.

“Jika program ini berjaya, kerajaan akan merancakkan lagi program ini dan akan membabitkan lebih banyak agensi untuk bersama-sama kita,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau berkata sejumlah 177 program IOW diadakan di Kelantan yang membabitkan 338 lokasi manakala di seluruh negara pula, sebanyak 1,899 program berlangsung di lebih 4,000 lokasi.

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda